fbpx

ACS Car Service - Pakar Aircond Kereta Anda

SEJARAH PENUBUHAN

Pada bulan November 2011, lapan tahun yang lepas, ACS Car Service telah didaftarkan secara rasmi di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan pada ketika itu, ACS yang masih muda dan bersemangat waja bak api julang yang marak telah mengenalkan khidmat servis bengkel pertamanya kepada umum dengan nama ACS Motorworks. (acsmotorworks)

acs-car-service-5

Menyewa premis perniagaan pertama yang terletak di Taman Permai Jaya Ampang Selangor setelah hampir sebulan, masa yang di ambil, beronda-ronda di sekitar kawasan Lembah Klang untuk mencari premis yang sesuai pada waktu itu.

acsmotorworks
ACS Motorworks Ampang (pindah)

Dan akhirnya keputusan telah dibuat seterusnya seusai siap kerja-kerja renovasi kecil bermulalah kerja servis dan baik pulih ACS julung kalinya buat kali pertama pada hari Jumaat tanggal 10 Febuari 2012.

acs-car-service-3

LANGIT TAK SELALUNYA CERAH

Setelah hampir 3 tahun beraksi di Ampang, akhirnya pada tanggal 1 Mac 2015, acsmotorworks telah membuat keputusan untuk berpindah buat kali yang pertama setelah berlaku masalah dalaman yang tidak dapat dielakkan ketika itu.

acs-kg-baru
ACS Kg Baru Jalan Raja Mahadi (pindah)

Berpindah ke premis yang baru terletak ditengah kota bandaraya dan memulakan operasi di Jalan Raja Mahadi Kg Baru Kuala Lumpur. Dan ketika ini nama acsmotorworks telah ditukar nama (brand) kepada ACS Kg Baru untuk tujuan pemasaran di tempat yang baru.

Setelah bertungkus lumus memerah keringat dan usaha bersungguh-sungguh selama hampir 2 tahun di Kg Baru , terlahirlah ACS Kg Baru 2 pada tanggal Januari 2017.

Pembukaan premis yang kedua ketika itu adalah bertujuan menampung jumlah pelanggan dan memberikan keselesaan kepada mereka ketika berkunjung ke ACS untuk servis dan rawat kenderaan.

acs-kg-baru-2
ACS Kg Baru 2 (pindah)

PERPINDAHAN KEDUA

Beroperasi di lokasi kg baru tesebut sebenar-benarnya sangat mencabar. Bermula dengan tempat yang berpasir dan simen lantai pecah teruk, kekurangan atap bumbung untuk berteduh, namun kami mulakan segala nya semula dengan semangat yang kuat dan membara.

acs-car-service-hq
ACS Setapak HQ Seri Rampai
Hari demi hari, bulan berganti bulan dan genap 3 tahun kami di kg baru akhirnya kami terpaksa akur dan membuat keputusan untuk berpindah kali kedua. Di atas masalah-masalah seperti permohonan lesen perniagaan yang sukar, ketiadaan sumber air yang cukup, parkir dan ruang membuat kerja tidak dapat lagi menampung bilangan kenderaan yang datang ke ACS. 

Kini kami beroperasi sepenuhnya di Seri Rampai KL, memudahkan anda untuk datang servis dan rawat kereta kesayangan anda.
 
 
servis-aircond-kereta

CAWANGAN ACS YANG KEDUA

Bermula 1 April 2019, kami telah meluaskan dan mengembangkan lagi khidmat servis kami di kawasan jajahan Kajang dan Bangi Selangor untuk memenuhi keperluan pelanggan-pelanggan yang jauh untuk datang ke cawangan Seri Rampai Setapak KL ( HQ ).

Branch kedua ACS telah mula beroperasi di Kajang yang beralamat di Kawasan Perindustrian Kajang. Cawangan ini bersebelahan dengan Bangi Square dan Hentian Bas Kajang. 

acs-car-service-kajang-branch
ACS Kajang Jalan Reko

CAWANGAN ACS KETIGA DAN KEEMPAT

Syukur Alhamdulillah!

Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada anda semua yang telah menyokong kami selama ini, pada Febuari 2020, ACS Car Service telah membuka 2 cawangan baru di Pandan Indah Ampang dan Pasir Gudang Johor.

Pembukaan cawangan-cawangan baru adalah untuk memenuhi dan memudahkan para pelanggan dan anda semua untuk datang ke ACS.

Ramai antara kalian tidak dapat datang ke ACS kerana terlalu jauh dari tempat tinggal.

InshaAllah di masa hadapan ACS akan meluaskan lebih banyak cawangan di sekitar lembah klang dan semenanjung Malaysia. Doakan kami.

Terima kasih semua. Alhamdulillah.

Dapatkan map ke ACS Car Service di link ini.

acs-car-service-pandan-indah-ampang
ACS Pandan Indah
acs-car-service-pasir-gudang-jb
ACS Pasir Gudang
acs-car-service-crew-1
acs-car-service-crew-1
acs-car-service-crew-2
acs-car-service-crew-4
acs-car-service-crew-5

ACS team

acs-car-service-crew-1
acs-car-service-crew-7
acs-car-service-crew-11
acs-car-service-crew-8
acs-car-service-crew-9
acs-car-service-crew-10

ACS team

TONTON VIDEO KAMI

4 Cawangan ACS Car Service

4 CAWANGAN ACS CAR SERVICE Alhamdulillah 2 cawangan baru kami baru dibuka dan beroperasi sepenuhnya pada awal tahun 2020 ini. Menjadikan jumlah 4 cawangan ACS.

Read More »

PROSES VACUUM SISTEM AIRCOND KERETA

PROSES VACUUM SISTEM AIRCOND KERETA Proses vacuum sangat penting untuk sistem aircond kereta anda selepas kerja servis atau baikpulih dilakukan. Lakukan proses vacuum ini sebelum

Read More »