BENGKEL AIRCOND KERETA SHAH ALAM - JANGAN TUKAR COMPRESSOR SEBELUM CHECK BENDA INI
Kalau anda sedang mencari bengkel aircond kereta Shah Alam atau bengkel aircond kereta Subang, kemungkinan besar anda sedang mengalami salah satu masalah berikut:
- Aircond kurang sejuk
- Aircond sekejap sejuk, sekejap panas
- Aircond tak sejuk masa berhenti
- Compressor berbunyi
- Dah topup gas tapi masih tak sejuk
Ramai pemilik kereta yang datang ke ACS Car Service Subang sebenarnya sudah mempunyai satu diagnosis awal. Biasanya mereka akan cakap, “Boss, saya rasa compressor rosak lah.”
Tetapi lepas pemeriksaan dibuat, ramai yang terkejut apabila mendapati compressor masih berada dalam keadaan baik.
Masalah sebenar datang dari komponen lain yang lebih kecil dan lebih murah untuk diperbaiki.
Sebab itulah diagnosis yang betul sangat penting sebelum membuat keputusan untuk menukar mana-mana komponen aircond.
Ramai Pemilik Kereta Tersalah Diagnos Masalah Aircond
Di ACS Car Service Subang, antara perkara yang paling kerap kami jumpa ialah pelanggan yang datang selepas mendapatkan pandangan daripada rakan-rakan atau hasil carian di internet.
Ada yang terus yakin gas habis.
Ada yang terus yakin compressor rosak.
Ada juga yang sudah bersedia untuk keluarkan ribuan ringgit bagi menukar compressor.
Hakikatnya, sistem aircond kereta mempunyai banyak komponen yang saling berkait antara satu sama lain.
Jika punca sebenar tidak dikenal pasti, kos pembaikan boleh jadi lebih tinggi daripada kos yang sepatutnya.
Kes Yang Selalu Berlaku Di Shah Alam Dan Subang
Baru-baru ni seorang pelanggan dari Elmina datang ke ACS car Service Subang.
Beliau menggunakan kereta setiap hari untuk ulang-alik dari rumah ke tempat kerja di kawasan Glenmarie.
Masalah yang dialami agak biasa.
Pada waktu pagi, aircond masih tersa sejuk.
Tetapi apabila cuaca mula panas dan trafik semakin sesak pada waktu petang, prestasi aircond mula menurun.
Beliau sangka compressor sudah rosak.
Selepas pemeriksaan dibuat, punca sebenar bukan compressor.
Condenser dipenuhi habuk dan kotoran sehingga mengganggu proses penyejukan.
Selepas kerja pembersihan dilakukan dan sistem diperiksa semula, prestasi aircond kembali normal.
Situasi seperti ni lebih biasa daripada yang ramai sangka.
Kenapa Aircond Tak Sejuk Walaupun Gas Masih Ada?
Ini antara soalan yang kerap ditanya oleh pelanggan.
Ramai beranggapan jika gas masih ada, makan sistem aircond sepatutnya berfungsi dengan sempurna.
Sebenarnya tidak.
Antara punca yang sering kami temui ialah:
- Cooling Coil Terlalu Kotor
Apabila habuk dan kotoran terkumpul terlalu lama, aliran udara tidak lagi sejuk seperti biasa.
- Condenser Tersumbat
Condenser berfungsi untuk membuang haba daripada sistem.
Jika dipenuhi habuk atau kotoran, proses penyejukan akan terganggu.
Masalah ni sering menyebabkan aircond kurang sejuk ketika cuaca panas.
- Kipas Condenser Lemah
Ramai tidak sedar bahawa kipas memainkan peranan penting dalam memastikan condenser berfungsi dengan baik.
Jika kipas lemah atau tidak berpusing pada kelajuan yang sepatutnya, suhu sistem akan meningkat.
- Compressor Mula Lemah
Ya, compressor boleh menjadi punca.
Tetapi berdasarkan pengalaman kami, compressor bukanlah punca utama dalam setiap kes aircond tak sejuk.
Sebab tu pemeriksaan perlu dibuat terlebih dahulu.
Kenapa Masalah Aircond Lebih Kerap Berlaku Di Shah Alam dan Subang?
Kawasan Shah Alam dan Subang mempunyai beberapa faktor yang memberi tekanan tambahan kepada sistem aircond kereta.
Cuaca Panas
Pada waktu tengah hari, suhu luar boleh menjadi sangat tinggi.
Aircond perlu bekerja lebih keras untuk menyejukkan kabin.
Kesesakan Trafik
Kawasan seperti:
- Subang Bestari
- Elmina
- Glenmarie
- Kota Damansara
- Sungai Buloh
sering mengalami trafik perlahan pada waktu puncak.
Apabila kereta bergerak perlahan atau berhenti lama, sistem aircond perlu bergantung kepada kipas condenser untuk mengekalkan prestasi penyejukan.
Kurang Servis Berkala
Ramai pemilik kereta menjaga minyak enjin mengikut jadual tetapi terlupa bahawa sistem aircond juga memerlukan pemeriksaan berkala.
Apabila terlalu lama tidak diperiksa, masalah kecil boleh bertukar menjadi kerosakan yang lebih besar.
servis Aircond Kereta Di ACS Car Service Subang
Sebagai bengkel aircond kereta Shah Alam dan Subang, ACS menyediakan pelbagai servis berkaitan sistem aircond.
Antaranya:
- Pemeriksaan sistem aircond
- Diagnosis kebocoran gas
- Servis aircond berkala
- Flushing sistem aircond
- Tukar cooling coil
- Tukar compressor
- Tukar condenser
- Vacuum dan refill gas
- Pemeriksaan kipas condenser
Setiap pemeriksaan dibuat bagi membantu mengenal pasti punca sebenar sebelum sebarang pembaikan dilakukan.
Bila Perlu Datang Ke Bengkel?
Anda disarankan membuat pemeriksaan jika mengalami simptom berikut:
- Aircond kurang sejuk waktu tengah hari
- Aircond hanya sejuk ketika kereta bergerak
- Aircond berbau kurang menyenangkan
- Compressor berbunyi
- Kabin lambat sejuk
- Kerap perlu topup gas
- Aircond sejuk tidak konsisten
Lebih awal masalah dikenal pasti, lebih rendah risiko kos pembaikan yang besar.
ACS Car Service Subang
Jika anda sedang mencari:
- Bengkel aircond kereta Shah Alam
- Bengkel aircond kereta Subang
- Kedai aircond kereta Shah Alam
- Servis aircond kereta Subang
- Pakar aircond kereta Shah Alam
boleh kunjungi ACS Car Service Subang di:
1, Jalan Apollo U5/198, Bandar Pinggiran Subang, 40150 Shah Alam, Selangor
Kami menerima pelanggan dari kawasan:
- Shah Alam
- Subang
- Subang Bestari
- Bandar Pinggiran Subang
- Elmina
- Denai Alam
- Sungai Buloh
- Kota Damansara
- Glenmarie