Panduan Harga
Panduan Harga Untuk Servis Atau Repair Sistem Aircond Kereta
-
COMPRESSOR 350~2500
RM Harga bergantung pada model kereta anda. Harga juga bergantung pada keluaran parts tersebut. ORIGINAL @ OEM
-
CONDENSER 350~2000
RM Harga bergantung pada model kereta anda. Harga juga bergantung pada keluaran parts tersebut. ORIGINAL @ OEM
-
COOLING COIL 350~2000
RM Harga bergantung pada model kereta anda. Harga juga bergantung pada keluaran parts tersebut. ORIGINAL @ OEM
-
SERVIS FLUSHING 120~650
RM Harga bergantung pada model kereta anda. Harga juga bergantung pada keluaran parts tersebut. ORIGINAL @ OEM
KENAPA ADA PELBAGAI HARGA?
Ya kenapa harga servis atau repair ni tak seragam? Ada yang mahal, ada yang murah.. Ok macam ni sebenarnya, masalah aircond ni banyak puncanya. Jadi kita kena ikut harga pada masalah yang dah berlaku tu.
Sebagai contoh, lepas check masalah aircond kereta korang yang tak sejuk tu, kita dapati ada satu getah o-ring dekat hose yang bocor. Solusinya kita tukar getah o-ring tu. Jadi harganya murah.
Sekarang bayangkan pulak lepas check masalah aircond tak sejuk tu, kita dapati compressor aircond rosak. Mana maunya harga sama macam tukar getah o-ring tadi. Kan? Anda setuju?
Apa perlu Buat?
Benda pertama kita kena buat ialah check dulu. Dekat ACS, kami akan tolong check dua benda. Yang pertama VISUAL CHECKING. Yang kedua PRESSURE READING.
Visual checking kita kena buat sebab kita nak cari benda atau perkara abnormal atau yang tak sepatutnya jadi dalam sistem aircond.
Kita check fuse putus ke tak.
Kita check relay terbakar ke tak
Kita check belting putus ke tak
Dan semua nya lah untuk sistem aircond.
Pressure reading pulak adalah kita baca tekanan dari sistem aircond kereta. Buat sesiapa yang tak tahu, sistem aircond ni ada dua tekanan.
Tekanan tinggi (high side) dan tekanan rendah (low side)
Anggaran bacaan tekanan tinggi yang normal mesti di antara 25~35 psi. Untuk tekanan rendah pulak, 180~220 psi. Sebab tekanannya tak ada yang tepat adalah setiap kereta memiliki kadar berat gas yang berbeza dan kekuatan tekanan compressor yang berbeza.
JOM DATANG ACS CAR SERVICE
Dekat sini kami datang membantu anda semua. Kami dekat ACS ni akan tolong buat visual checking dan pressure reading tadi secara percuma. Free of charge.
Lepas kita orang check tu, kita sama-sama akan tahu masalah sebenar yang sedang berlaku tu apa.
Jadi kami akan nasihatkan apa yang terbaik untuk selesaikan masalah aircond kereta korang tu. Kami akan cerita A sampai z. Berapa harganya, berapa lama masanya, apa barang nak kena tukar, nak pakai Original ke nak pakai China, waranti macam mana dan macam-macam lagi
Kita akan berbincang dulu. Selepas ada kata setuju baru kita akan proceed kerja. Tak ada kata setuju, kami tak charge apa-apa. Ha apa lagi mari le datang ACS.
SEBAB-SEBAB AIRCOND TAK SEJUK...
Penyebab aircond kereta anda tak sejuk @ kurang sejuk ni ada banyak sebab
Antaranya adalah seperti berikut :
- compression tak kuat
- sistem tersumbat
- gas kurang sebab ada bocor
- kipas pusing slow
- radiator tersumbat
- magnet rosak
- relay rosak
Dan pelbagai punca yang lain. Oleh itu kami tawarkan khidmat periksa dan nasihat percuma untuk masalah aircond kereta yang anda hadapi. Klik sini untuk baca info punca-punca aircond tak sejuk.
Untuk mengetahui kos dan masalah yang sebenar, anda boleh datang untuk kami bantu selesaikan masalah aircond kereta anda. Klik sini untuk lihat map ke ACS.