Tentang Kami
SEJARAH PENUBUHAN
Pada bulan November 2011, ACS Car Service telah didaftarkan secara rasmi di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
Ketika itu, ACS yang masih muda dan bersemangat waja telah mengenalkan khidmat servis pertamanya kepada umum dengan nama ACS Motorworks. (acsmotorworks)
Menyewa premis perniagaan pertama yang terletak di Taman Permai Jaya Ampang Selangor.
Lokasi ni dipilih selepas hampir sebulan beronda-ronda sekitar kawasan Lembah Klang untuk mencari premis yang sesuai pada waktu tu.
Akhirnya keputusan telah dibuat, siap je kerja-kerja renovasi kecil maka bermulalah kerja servis dan baik pulih ACS julung kalinya pada hari Jumaat tanggal 10 Febuari 2012.
LANGIT TAK SELALUNYA CERAH
Setelah hampir 3 tahun beraksi di Ampang, akhirnya pada tanggal 1 Mac 2015, acsmotorworks telah membuat keputusan untuk berpindah buat kali yang pertama selepas berlaku masalah dalaman yang tak dapat nak elak pada masa tu.
Berpindah ke premis yang baru terletak ditengah kota bandaraya. Kami mulakan operasi bengkel baru dekat Jalan Raja Mahadi Kg Baru Kuala Lumpur. Masa ni nama acsmotorworks telah ditukar nama (brand) kepada ACS Kg Baru untuk tujuan pemasaran di tempat baru.
Bertungkus lumus memerah keringat dan usaha bersungguh-sungguh selama hampir 2 tahun di Kg Baru , terlahirlah ACS Kg Baru 2 tanggal Januari 2017.
Pembukaan premis yang kedua ketika ni adalah bertujuan menampung jumlah pelanggan dan memberikan keselesaan kepada mereka ketika berkunjung ke ACS untuk servis dan rawat kenderaan.
PINDAH LAGI SEKALI
Beroperasi di lokasi kg baru tesebut sebenar-benarnya sangat mencabar. Bermula dengan tempat yang berpasir dan simen lantai pecah teruk, atap bumbung yang kurang untuk berteduh, namun kami mulakan segala nya semula dengan semangat yang kuat dan membara.
Hari demi hari, bulan berganti bulan dan genap 3 tahun kami dekat kg baru akhirnya kami terpaksa akur dan buat keputusan lagi sekali untuk berpindah. Atas sebab masalah-masalah macam nak apply lesen meniaga susah, sumber air tak ada dekat acs kg baru, parking untuk customer dan ruang membuat kerja tak dapat lagi menampung kenderaan yang datang ke ACS. Bertambah-tambah. Alhamdulillah syukur pada Allah.
CAWANGAN ACS YANG KEDUA
Tanggal 1 April 2019, kami luaskan dan kembangkan lagi khidmat servis dekat kawasan jajahan Kajang dan Bangi Selangor untuk pemenuhi keperluan pelanggan-pelanggan yang jauh nak datang ke cawangan Seri Rampai Setapak KL.
Branch kedua ACS yang beroperasi di Kajang ni alamatnya dekat Kawasan Perindustrian Kajang. Sebelah sebelah je dengan Bangi Square dan Hentian Bas Kajang. Kami dekat tengah-tengah. Depan Nasi Kandar Apollo dan Perodua Service Centre.
CAWANGAN ACS KETIGA DAN KEEMPAT
Syukur Alhamdulillah!
Jutaan terima kasih kami ucapkan kepada anda semua yang telah menyokong kami selama ni. Tanggal Febuari 2020, ACS Car Service telah buka dua cawangan baru dekat Pandan Indah Ampang dan lagi satu di Pasir Gudang Johor.
Dapatkan map ke ACS Car Service di link ni.
CAWANGAN ACS KELIMA DAN KE ENAM
Syukur Alhamdulillah! Terima kasih Allah, terima kasih semua! Terima kasih sokong kami selama ni. Tanpa izin dan pertolongan Allah, tanpa doa dan sokongan kalian, ACS tak akan sampai ke sini. Setiap masa kami pasti beringat atas apa yang telah berlaku, kami sentiasa berusaha untuk jadi yang terbaik, baiki diri menjadi lebih bermanfaat dan berbakti kepada umat manusia, keluarga serta kepada anda semua. Berbakti demi agama, bangsa dan negara.
ACS Car Service cawangan Skudai ni mula operasi Disember 2021. Dekat kawasan industri Taman Universiti. Betul-betul sebelah dengan AEON Skudai.
ACS Car Service cawangan Shah Alam pula mula operasi Disember 2022. Ngam lepas setahun cawangan ACS Skudai.
Dekat kawasan industri jugak, ACS Shah Alam ni alamatnya Bandar Pinggiran Subang, Shah Alam. Kawasan jajahan sekitarnya, Kota Damansara, Subang Bestari, Kampung Melayu Subang, Subang Airport, Subang Jaya, Puncak Alam dan yang lain-lain.
InshaAllah di masa hadapan ACS akan meluaskan lebih banyak cawangan di sekitar lembah klang dan semenanjung Malaysia. Doakan kami.
Terima kasih semua. Alhamdulillah.
Dapatkan map ke ACS Car Service di link ni.
ACS team
Artikel Terkini
KEDAI AIRCOND KERETA SHAH ALAM
AIRCOND KERETA ROSAK PULAK DEKAT SHAH ALAM TAK SEJUK KENA CHECK DULU Ada la satu hari tu tahun lepas, akhir tahun kot tak silap aku..
ENGINE OIL FILTER
KEPENTINGAN OIL FILTER Semua sedia maklum tentang 99.9% enjin kereta yang ada sekarang ni, perlukan dua benda yang sangat penting untuk enjin tu berfungsi dengan
SERVIS KERETA HONDA
SERVIS KERETA HONDA Ini sikit info untuk korang yang minat model honda civic. Dan yang berkira-kira nak sambar satu. Sekarang ni Honda Civic dah sampai
KEDAI AIRCOND KERETA JOHOR BAHRU
KEDAI AIRCOND KERETA JOHOR BAHRU tonton video cikman ni AIRCOND PROBLEM HATI SERABUT Ada satu hari ni aircond kereta buat hal pulak. Tengah outstation rosak
BILA PERLU SERVIS AIRCOND KERETA?
BILA PERLU SERVIS AIRCOND KERETA? Soalan ni ramai yang bertanya, dan ramai juga masih tak tau bila sebenarnya masa untuk kita servis aircond kereta kita
KEDAI AIRCOND KERETA AMPANG PANDAN INDAH
KEDAI AIRCOND KERETA AMPANG PANDAN INDAH Hari ni macam biasa kami bukak kedai. Ada seorang abang ni datang singgah kedai aircond kereta acs cawangan pandan