fbpx

AIRCOND KERETA BERBAU

Masalah aircond kereta berbau ni ada banyak jenis. Ada bau busuk bangkai, ada bau masam, ada bau busuk kepam. Dan macam-macam lagi lah. Jadi tak tenteram bila masalah ni jadi. Siapa dapat tahan drive dengan bau busuk bangkai?

Kotor dan berkulat.

PUNCA AIRCOND BAU BUSUK

Secara mudahnya bau busuk yang terhasil ni adalah disebabkan kotoran habuk yang lalu di dalam laluan aircond kereta dah melekat pada cooling coil dan cabin filter

Habuk ni menjadi terlalu tebal dan ada kes yang berlaku, habuk tadi menjadi lendir yang melekat dan berbau sangat busuk.

aircond-berbau-busuk
Habuk yang telah menjadi lendir busuk.

Selain tu, ada kes tikus dan cicak dapat masuk tapi tak dapat keluar. Dan tak lama, mati dan menjadi bangkai. 

Ada satu kes ni, owner tak tahan sangat bau bangkai ni, mintak tolong towing datang dan bawa kereta beliau ke ACS. Sampai macam tu sekali masalah bau busuk ni menjadi kesulitan kepada tuan punya kereta. 

aircond-bau-bangkai
Bangkai tikus pada blower fan.

CARA PENYELESAIAN

Apa yang perlu dilakukan bila masalah aircond berbau ni jadi?

1. Tukar cabin filter baru.
2. Keluarkan cooling coil dan lakukan servis untuk bersihkannya.
3. Casing cooling coil haruslah dibersihkan sekali.
4. Jangan lupa bersihkan blower fan.
5. Lakukan juga servis flushing untuk tukar minyak compressor. Cerita lanjut ada di sini.

cabin-filter-kotor
Terlalu banyak habuk. Bahaya untuk kesihatan.

MEMPERKENALKAN MANNOL AIR-CON FRESH

Satu produk yang baik dan boleh anda cuba gunakan adalah Mannol Air-Con Fresh. 

Produk ni berkesan dan cepat menghilangkan bau yang tidak menyenangkan, bakteria, kulat dan menghalang bendasing ni daripada terbentuk semula. 

mannol-air-con-fresh

CARA PENGGUNAAN

Mulakan dengan keringkan cooling coi dulu, macam mana tu?
Tetapkan pengudaraan sistem aircond yang berikut selama 10 minit :

1. Start enjin kereta 
2. Aircond button OFF, hanya hidupkan blower sahaja.
3. Blower fan speed laraskan kepada maksimum.
4. Mode recirculation ON.
5. Laraskan angin blower hanya kepada arah kaki.
6. Biarkan setting ni selama 10 minit.

Selepas 10 minit :

1. Goncangkan Mannol Air-Con Fresh sebelum guna.
2. Aircond button masih OFF, hanya hidupkan blower sahaja.
3. Blower fan speed maksimum.
4. Mode recirculation ON.
5. Laraskan angin blower pada cermin windscreen pula.
6. Selepas goncang, letakkan ia pada kawasan kaki passenger menghadap blower fan yang ada dekat belakang glove box.
7. Pastikan pintu kereta ditutup rapat.

 

PERKONGSIAN KAMI YANG LAIN

PROSES VACUUM SISTEM AIRCOND KERETA

PROSES VACUUM SISTEM AIRCOND KERETA Proses vacuum sangat penting untuk sistem aircond kereta anda selepas kerja servis atau baikpulih dilakukan. Lakukan proses vacuum ini sebelum

Read More »

SISTEM AIRCOND KERETA

SISTEM AIRCOND KERETA Sistem aircond kereta memang agak teknikal sikit untuk kita fahamkan. Bekerja dalam keadaan tekanan tinggi dan rendah dan mempunyai beberapa komponen yang

Read More »

2 thoughts on “AIRCOND KERETA BERBAU”

  1. Mohd. Khairy Bin Md. Yusof

    Aircond kereta pada satu ketika bila dah berbau, aircond jadi tak sejuk…Dan bila tutup aircond dan buka balik semula aircond dah tak berbau dan aircond jadi sejuk..kenapa ye..

    1. kena check cepat2 masa aircond tak sejuk tu berlaku

      boleh jadi ada masalah relay atau pressure switch

      jemput singgah ke acs utk free checking masalah aircond kereta tuan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *