2 CARA RINGKAS UNTUK CHECK MASALAH AIRCOND KERETA
Cara ringkas tersebut adalah visual checking iaitu pemeriksaan hanya menggunakan mata. Dan yang kedua adalah pemeriksaan menggunakan aircond manifold gauge.
1. CHECK SECARA VISUAL CHECKING
Apa yang penting di sini adalah perlu ada pengetahuan tentang komponen-komponen yang di gunakan dalam sistem aircond kereta.
Pemeriksaan hanya menggunakan mata sebagai alat membantu mengesan masalah.
Contoh masalah yang boleh kita nampak dengan mata kasar adalah seperti berikut :

A. Masalah fuse putus
Komponen yang terlibat di dalam sistem aircond yang menggunakan fuse adalah compressor, fan motor (condenser & blower)
Jika fuse putus maka komponen tersebut di atas tidak akan berfungsi. Hanya gunakan mata untuk lihat fuse putus atau tidak.

B. Relay Rosak Terbakar
Biasanya dekat kotak fius di bahagian enjin ada letaknya segala fuse dan relay.
Di situ, dengan visual checking kita boleh lihat jika terdapat relay yang mengalami kerosakan seperti cair terbakar.

C. Magnet Set Compressor Rosak
Boleh visual checking di bahagian pulley compressor untuk lihat sama ada terdapat kerosakan pada clutch magnet set compressor.

D. Belting Aircond Putus
Sewaktu check clutch magnet set compressor tu, boleh lihat juga kondisi belting yang memusingkan compressor.
Jika sudah putus, pastikan check dan kenalpasti punca belt tersebut putus.
Compressor aircond yang mengalami masalah jammed melekat boleh menyebabkan belting putus.

E. Condenser fan tak pusing
Di bahagian condenser sama ada depan atau belakang pasti ada fan motor yang diletakkan bersama.
Pastikan dan lihat condenser fan harus pusing dengan laju untuk menyejukkan condenser membantu proses kondensasi.
Kegagalan condenser fan pusing dengan laju boleh menyebabkan aircond tak sejuk.
Contoh kipas condenser dalam video di atas.
F. Kebocoran Gas
Masalah kebocoran gas aircond ni boleh kita lihat dengan mata kasar.
Cerita bagaimana keadaan kawasan komponen yang bocor tu ada kami kongsikan di sini.

2. CHECK GUNA AIRCOND MANIFOLD GAUGE
Dengan menggunakan aircond manifold gauge, proses kenal pasti masalah yang berlaku lebih mudah. Boleh dapatkan nilai bacaan tekanan seterusnya boleh confirmkan masalah sebenar.

A. Low & High Pressure Reading.
Kedua-dua meter tekanan yang berwarna biru dan merah ni sangat penting dan kita perlu faham bagaimana ia berfungsi dan bagaimana cara untuk membaca.
Merah untuk high pressure side dan biru pula untuk low pressure side.
Kami akan kongsikan cerita tentang meter ni di video perkongsian akan datang. Tunggu ya.
B. Kehadiran Gas
Aircond manifold gauge ni membantu kita untuk menilai berapa banyak gas yang ada di dalam sistem aircond kereta.

PANDANGAN KAMI
Dapatkan pemeriksaan masalah aircond kereta anda di bengkel-bengkel atau kedai yang mahir dalam servis atau baik pulih sistem aircond.
Lebih 70% bengkel kereta tak berapa mahir dalam membaca tekanan sistem aircond ni.
Jadi anda sebenarnya boleh buat sedikit kajian atau survey tentang hal ini sebelum membuat keputusan.

Pastikan sistem aircond kereta anda diperiksa betul-betul sebelum mulakan kerja servis atau repair.
Untuk info lanjut tentang servis flushing tukar minyak compressor boleh sambung membaca di sini ye.
Sekian, terima kasih.
KEDAI AIRCOND KERETA JOHOR BAHRU
KEDAI AIRCOND KERETA JOHOR BAHRU tonton video cikman ni Ada satu hari ni aircond kereta buat hal pulak. Tengah outstation rosak pulak aircond.Aku dah lah
BILA PERLU SERVIS AIRCOND KERETA?
BILA PERLU SERVIS AIRCOND KERETA? Soalan ni ramai yang bertanya, dan ramai juga masih tak tau bila sebenarnya masa untuk kita servis aircond kereta kita
KEDAI AIRCOND KERETA AMPANG PANDAN INDAH
KEDAI AIRCOND KERETA AMPANG PANDAN INDAH Hari ni macam biasa kami bukak kedai. Ada seorang abang ni datang singgah kedai aircond kereta acs cawangan pandan
4 Cawangan ACS Car Service
4 CAWANGAN ACS CAR SERVICE Alhamdulillah 2 cawangan baru kami baru dibuka dan beroperasi sepenuhnya pada awal tahun 2020 ini. Menjadikan jumlah 4 cawangan ACS.
PROSES VACUUM SISTEM AIRCOND KERETA
PROSES VACUUM SISTEM AIRCOND KERETA Proses vacuum sangat penting untuk sistem aircond kereta anda selepas kerja servis atau baikpulih dilakukan. Lakukan proses vacuum ini sebelum
KEDAI SERVIS AIRCOND KERETA ACS KAJANG BANGI
KEDAI SERVIS AIRCOND KERETA ACS CAWANGAN KAJANG BANGI LOKASI Dekat mana ni kedai servis aircond kereta ACS Kajang Bangi ni?Tak jauh dari anda yang menetap
Apakah fungsi diode yg pergi ke compressor untuk aircond kereta wira 1.5 auto. ( diode seperti biji jelai/manik besarnya lebih kurang sebiji nasi warna kelabu. Brpa kh volt dn amp nya
fungsi diode utk benarkan current jalan dalam satu arah sahaja
kalau ada masalah aircond tak sejuk, besar kemungkinan bukan masalah diode
check fuse, relay dan switch
dan dapatkan reading pressure sistem aircond terlebih dahulu
info lanjut reading pressure ada dekat link ni
https://www.acscarservice.com/sistem-aircond-kereta/
fius asyik putus je ape sebab?
kebiasaannya fuse asyik putus adalah sebab magnet compressor short circuit
https://www.acscarservice.com/ada-6-benda-boleh-check-kalau-tiba-tiba-aircond-tak-sejuk/
sila rujuk artikel dekat di atas ni
Tuan.. kalau ada bocor kecik dalam system .. gas akan perlahan2 keluarkan. ..?? Lepas saya topup gas memang sejuk.. tapi selepas 20 hari or sebulan dia kembali kurang sejuk, bukan tak sejuk tp kurang sejuk.. bila kereta berenti kat trafik lite mulalah terasa kurang sejuk.. tapi bila saya jalan kembali dia akan sejuk balik.. dah check fan kipas jalan cantik laju.. persoalan saya disini kalau gas kurang pasti ada kebocoran bukan .. gas tak akan kurang jika tiada kebocoran.. mcm mana kita nak veryfied masalah kobocoran ini dan masalah kehilangan gas secara lambat ini.. adakah kebocoran terlalu halus ??? Atau kesan menggunakan gas/freon 134a yg tidak original..?? Dan soalan kedua ada ke gas yg tak original … itu sahaja soalan saya .. terima kasih ACS .. semoga maju jaya
Kebiasaannya untuk confirmkan kebocoran halus kami gunakan uv gas leak detector, pada tempat yg bocor tu uv akan ikut keluar sekali. Jadi dengan gunakan torchlight uv kita akan dapat comfirmkan bocor dekat mana.
Kebiasaannya masalah bocor halus ni ada pada kawasan low pressure side
Jawapan soalan kedua
Gas aircond kena gunakan yang fully r134a
Ada sesetengah dalam pasaran bukan gas tersebut tak original, tetapi kandungan gas r134a di dalam tong bercampur dengan gas lain
Boleh gunakan brand fresco ataupun sochem
Nak tnya…kalau on aircond, kdg2 keluar angin sejuk kdg2 angin panas. Kena main tutup bukak. Last service (2 bln lps), dah buat flushing dan tukar relay. Sekarang jadi lagi..apa lg masalah rasanya??
Byk yg boleh jadi punca
Ada kami ceritakan lebih lanjut lagi dalam artikel ni
https://www.acscarservice.com/punca-dan-masalah-aircond-kereta-anda-tak-sejuk/
Paling mudah utk kenalpasti masalah sebenar, dapatkan reading pressure sistem aircond dulu
Lebih mudah untuk confirmkan dan selesaikan masalah sebenar
Jemput singgah ke acs utk free checking masalah aircond kereta
Nak tanyaa, semalam sy on aircond tetapi semua tak berfungsi….tiada angin lansung yang keluar…bole kenal pasti apa masalahnya??
check fuse, relay, switch dan blower fan motor
jemput singgah ke acs utk free checking masalah aircond
Aircond kereta kalau tiba bau hangit sekejap biasa sbb apa?
kena check dulu tu
hangit dari dalam atau dari luar
luar : check di area compressor
dalam : cooling coil bocor, minyak compressor keluar sekali di situ dan kena bahagian polystrene cover cooling coil
minyak compressor yang lama tak tukar akan bersifat asidic menghakis
https://www.acscarservice.com/masalah-aircond-kereta-yang-selalu-terjadi/
rujuk artikel dalam link dekat atas ni
Salam admin, nak tanya? Apa penyebab kipas dan kompressor ac kereta saya tidak hidup? Kereta toyota rush ( ada satu kipas saja). Selalunya bila on Ac, kipas akan ON dan kompessor hidup. Tpi kedua dua alat ni tak ON.
salam
cuba checck dulu fuse dan relay yang berkenaan dengan kipas tu dekat fusebox
dan check sekali radiator fan motor switch
dijemput singgah ke acs untuk free checking masalah aircond ni
Kalau lepas refil gas aircond pastu bilanon aircond ada bunyi keletuk keletuk…apa masalahnya ya
masalah bunyik keletuk tu kena check dulu
pulley, bearing, tensioner, belting, compressor dan lain2
masalah topup gas ni pulak kalau ada masalah bocor gas akan habis
nanti tak lama lagi gas akan keluar di tempat bocor dan aircond kembali tak sejuk
jemput singgah ke acs untuk free checking masalah aircond
Salam admin.. kereta saya wira 1.5 sebelum ni wiring vdo..skrg ni dah tukar wiring mmc.. masalahnya bila on aircond compressor dgn fan x jalan..fuse relay gas semua ok..sy check wire switch ac output (+) sepatutnya (-).. boleh bg tahu saya ape lg yg perlu check..
salam tuan
untuk masalah wiring ‘convert’ ni acs cadangkan tuan berjumpa dengan khairul tuner garage (KTG)
TUNER EXPERT mitsubishi
Boleh search khairul tuner garage di facebook
terima kaseh
Salam Admin,
Aircond saya baru lepas flushing. Semua dlm keadaan baik. Masalah yang saya hadapi, kipas aircond sentiasa pusing setiap kali On, dan kipas akan ambil masa yg lama untuk mati selepas Off. Kipas akan berhenti sekiranya saya cabut wayar ac pressure switch. Adakah ini berpunca dari pressure switch?
salam
check semula pressure sistem
kalau pressure tak cantik, kipas condenser akan berpusing tak berhenti
jemput singgah ke acs utk free checking
Assalamualaikum tuan…
Saya nak tanya berkenaan aircond kereta gen2… bila on aircond angin kluar kuat tapi tak sejuk langsung… bila saya perasan mcm compresor dan kipas tak pusing… selalunya bila on je aircond comoresor & kipas akan berpusing…. masalahni jadi lepas saya ada buat grounding cable… masa nak buat tu saya ada bukak negative (-) baterry rasa mcm ada percikan api kat kepala baterry lepastu pintu locked sendiri… slepas pasang grounding cable tu baru perasan bila on aircond compressor & kipas aircond mcm tak rasa kickin ( berpusing ) … pertanyaan saya apakah sbb short tu compressor jadi rosak ? Terimakasih semoga boleh membantu tuan…
Perlu kah kite tukar carbon brush pada blower a.c. Myvi lama atau tukar saje blower baru,,,,,,masaalah ny,,angin a.c. tiup perlahan,,sekejap bunyi kuat sekejap bunyi perlahan
tukarkan motor blower yang baru jika ada bajet
sebabnya kalau tukar carbon brush kalau salah buat motor tak hidup terus
Tuan aircon kekadang on kekadang x, apa puncanya tu tuan minta penerangan
kena check switch, pressure switch, relay, magnet
jemput singgah ke acs utk free checking
Aircond off bila on Balik OK pastu off Balik
kena check switch, pressure switch, thermistor, relay, magnet
jemput singgah ke acs utk free checking
Salam. Kalau aircond sejuk macam biasa, kipas pun kuat. Tapi bunyi agak bising bila compressor kick. Ni masalah clutch atau biasa aje xde masalh pun?
Hi admin, Naik tya.. Sy DA cek masalah aircond kereta, bgkel kate kompressor pump jammed.. Bgkel suggest utk tukar kompressor sgera supaya x effect pd enjin.. Persoalan sy, bole ke if sy minta bgkel putuskan saje belting aircond supaya x effect enjin sbb blum ade modal utk gnti kompressor..
bergantung pada model kereta
jika belt aircond single belt hanya utk aircond compressor, boleh putuskan atau buka belt tersebut
Hai saya nk tnye Exora saya klu on no 1 smpi 3 kipas blower x pusing klu buka no 4 kipas blower pusing pulak nk th punca kenapa
hai
boleh check blower motor resistor
kalau resistor rosak macam tu le perangainya
Hi admin… kereta wira 1.3 saya ada masalah bile on aircond.. kipas condenser je jalan…pastu dlm 2/3minit baru compressor on… boleh bgi tau ape yg nk kene check
hi
boleh rujuk artikel kami yang ni
https://www.acscarservice.com/ada-6-benda-boleh-check-kalau-tiba-tiba-aircond-tak-sejuk/