fbpx

Masalah Aircond Kereta Yang Selalu Terjadi

Banyak sebenarnya masalah yang selalu berlaku dalam sistem aircond kereta ni.. Antaranya compressor jammed, condenser fan rosak, sistem aircond tersumbat, fuse compressor putus banyak kali dan yang paling banyak sekali adalah masalah kebocoran gas aircond. Kali ni kami nak fokuskan pada cerita masalah kebocoran gas dalam sistem aircond pulak. Apakah penyebabnya? Dan apakah cara-cara untuk kurangkan risiko masalah bocor ni berlaku?

Nanti bila korang dah habis baca artikel ni, korang boleh baca pasal 7 komponen utama dalam sistem aircond kereta.

Untuk tambah pengetahuan. Bak kata pepatah “Membaca Itu Jambatan Ilmu

cabin-air-filter-acs-car-service
Salah satu masalah, cabin filter terlalu kotor dan tersumbat. Jadi angin blower tak kuat.

PUNCA UTAMA MASALAH BOCOR GAS AIRCOND KERETA

Hampir 50% pelanggan yang datang ke ACS Car Service punya masalah yang sama iaitu bocor gas aircond. Punca utama masalah kebocoran gas aircond kereta ni adalah dari sifat minyak compressor aircond itu sendiri.

Jika kita tak tukar minyak compressor yang ada dalam compressor tu , lama kelamaan ia akan bersifat acidic menghakis. Korang boleh lihat dalam gambar, cover polystrene untuk cooling coil tu cair akibat kena minyak compressor.

acs-car-service-36
Korang boleh tengok tu cover polystrene ni dah cair teruk.

Untuk pengetahuan korang, bila minyak compressor ni dah bersifat asidic, minyak tu akan menghakis dari dalam komponen aircond kereta korang. Contohnya macam kes dalam gambar kami kongsikan ni, minyak compressor berasidic ni menghakis dari dalam cooling coil dan menyebabkan cooling coil tu bocor. Gas aircond akan keluar bersama-sama minyak compressor ni. 

Sebab tu kalau kita tengok dalam gambar ni, cover polystrene untuk cooling coil ni cair. Cooling coil yang bocor tu, minyak compressor keluar sekali dengan gas, dan terkena dekat polystrene.

Elakkan masalah ni berlaku pada keta korang.

Cuba korang ingat balik dulu masa kecik-kecik korang main bakar-bakar plastik. Bau dia busukkan? Bau busuk yang sama ni lah owner kereta ni bau. Bau busuk dan sangat-sangat bahaya untuk kesihatan. Lagi-lagi kalau baby kecik kita terdedah dengan bau ni. 

Baru-baru ni ford mustang pun terkena masalah cooling coil bocor. Berpeluh jugak lah wak duduk drive dalam keta. Nak topup gas, mahal pulak kos dia, nanti gas hilang habis balik sebab masalah bocor belum selesai. Korang boleh baca pasal gas baru R1234yf ni dan cerita pasal wak doyok ni dekat sini.

servis-aircond-kereta-acs-3
Minyak compressor yang kotor bersifat asidic menghakis. Boleh menyebabkan masalah bocor gas dan merosakkan compressor.

CARA UNTUK KURANGKAN RISIKO MASALAH BOCOR GAS DALAM SISTEM AIRCOND BERLAKU

Ok, kali nak cerita sikit, mengikut pengalaman dan pelanggan-pelanggan ACS, rata-rata yang datang ke kedai kami ni tak pernah langsung, selama guna kereta, dia orang tak pernah langsung tukar minyak compressor aircond kereta dia orang.

Bila di tanya, dia orang tak tau pun yang dalam compressor tu ada minyak. Korang tau tak ni dalam compressor aircond kereta ada minyak? Mesti tak tau kan? Tak pe, teruskan membaca. Yang ramai tau tentang minyak enjin, minyak gearbox dan minyak brake. Minyak compressor aircond? “Saya tak tau pulak minyak compressor ni ada?” Sengih-sengih je jawabnya.

Selepas diberitahu dan di jelaskan lebih lanjut, baru depa faham yang betapa pentingnya minyak compressor aircond ni, dan pentingnya untuk diservis tukar minyak baru secara berjadual. Mungkin kali ni masalah yang berlaku jadi pedoman dan hikmah untuk korang dan kita  semua sebarkan serta kongsikan info penting ni. Korang boleh baca lebih lanjut lagi tentang servis flushing untuk tukar minyak compressor aircond dekat sini.

acs-car-service-93
Servis flushing tukar minyak compressor juga boleh kurangkan risiko kerosakan compressor aircond.

TONTON VIDEO ACS!

ENGINE OIL FILTER

KEPENTINGAN OIL FILTER Semua sedia maklum tentang 99.9% enjin kereta yang ada sekarang ni, perlukan dua benda yang sangat penting untuk enjin tu berfungsi dengan

Read More »

SERVIS KERETA HONDA

SERVIS KERETA HONDA Ini sikit info untuk korang yang minat model honda civic. Dan yang berkira-kira nak sambar satu. Sekarang ni Honda Civic dah sampai

Read More »

LOKASI ACS DEKAT MANA??

3 thoughts on “MASALAH AIRCOND KERETA – YANG SELALU TERJADI..”

Comments are closed.