COMPRESSOR AIRCOND KERETA ANDA AKAN ROSAK BILA TAK BUAT SERVIS, BETUL KE?
Ada seorang customer ACS ni mai singgah, katanya aircond tak sejuk..Bila jalan sejuk, bila benti panas..Lama dah jadik mcm ni.. Tak tahan dah katanya lagi.. aircond panas, hati beliau lagi panas!
Ok, jadi team ACS buatlah pemeriksaan. Visual checking dulu, kipas condenser nampak pusing laju, tak de goyang pun, cun. Clucth compressor pulak,engage je. Bermakna compressor sedang bekerja dan masih berfungsi.
Dan seterusnya check guna aircond manifold gauge pulak. “Nah! Patutlah aircond keta abang tak sejuk, reading pressure dah tak cun lah. High pressure side ok, low pressure side K.O!”
Kami pun bertanya lagi pada owner, ” Bang sebelum ni servis aircond jaga tak?” Dengan sempoi beliau memberi jawapan “Err, tak pernah bos, setakat ni saya hanya tau kena servis minyak enjin dan gearbox je, tak tau pulak aircond pun kena servis”
Keadaan compressor aircond yang dah hampir rosak teruk.
Nasihat kami kepada anda diluar sana, mungkin dulu pernah kita dengar orang kata “selagi aircond sejuk jangan dikacau bos, nanti rosak ” Tanggapan ni adalah SALAH sebenarnya.
Sangat penting untuk kita semua jaga servis sistem aircond tau, terutamanya servis flushing untuk tukar minyak compressor. Bila minyak compressor tak pernah tukar, minyak tu hilang sifat UTAMA dia iaitu MELINCIRKAN! Kepentingan minyak compressor.
Compressor baru dan original sedang dipasang. Jaminan 1 tahun diberi.
Berkait dengan cerita customer ACS ni tadi, compressor keta beliau telah hilang compression akibat geseran di dalam compressor yang berlaku dengan keadaan minyak compressor dah bersifat seperti air, tidak ada pelinciran langsung.
Jadi pengakhirannya, abang tu tadi terpaksa keluar belanja sikit untuk tukar compressor baru original.
Tukar compressor dan buat servis sekali jalan. Hasilnya InshaAllah padu!