fbpx

KEPENTINGAN MINYAK COMPRESSOR AIRCOND KERETA

Minyak compressor aircond adalah sangat-sangat penting. Perkara ni boleh kami katakan hampir 90% pelanggan kami di ACS Car Service tak tahu langsung bahawa terdapatnya minyak di dalam compressor aircond.

Untuk perkongsian kali ni, kita bercerita tentang minyak compressor aircond dan fungsi-fungsi utama yang sepatutnya ada pada setiap minyak tersebut. 

servis-aircond-kereta-acs-2
Minyak compressor aircond kereta Denso ND Oil-8

FUNGSI UTAMA

1. LUBRICATE

Fungsi yang pertama adalah LUBRICATE (melincirkan). Kenapa kena lubricate? Untuk mengurangkan geseran di dalam compressor. 

Bayangkan jika komponen seperti compressor aircond yang bergerak dan berpusing laju mengikut kelajuan enjin, tapi  langsung tiada pelincir? Boleh jammed melekat jawabnya.

kepentingan-minyak-compressor-aircond-kereta
Compressor aircond kereta memerlukan minyak yang bertindak sebagai agen pelinciran.

Senang cerita, compressor aircond ni macam enjin kereta juga. Enjin kereta ada minyak pelincir, compressor aircond pun ada minyak pelincir. Minyak compressor ni bila dah sampai waktu nya memang wajib diservis dan ditukar minyak baru. 

Servis flushing tukar minyak compressor ni dapat kurangkan risiko kerosakan aircond compressor yang boleh cecah ribuan ringgi kosnya. Ha pening tu..

acs-car-service-93
Lambakan compressor aircond yang telah rosak.

2. PROTECT

Fungsi yang kedua ialah PROTECT atau melindungi. Bila pelinciran sangat bagus, komponen dalaman compressor akan terlindung dan terselamat dari kerosakan ataupun geseran yang melampau.

Engineer telah reka dan uji yang setiap compressor aircond ni berupaya menahan tekanan tinggi dan kepanasan yang terhasil pada keadaan ekstrem dalam tempoh masa tertentu. 

servis-aircond-kereta-acs-3
Inilah warna perbezaan minyak compressor baru dengan minyak compressor aircond yang lama.

Jadi bila kita buat servis secara berkala, tak perlu risau sangat sebab risiko kerosakan telah berkurang dan komponen-komponen sistem aircond ni dapat bertahan lama dan bekerja dengan efisyen.

servis-aircond-kereta-acs-2
Minyak compressor yang baru adalah berwarna jernih, dan akan menjadi hijau bila bercampur dengan minyak UV leak detector.

3. CLEAN

Fungsi yang ketiga ialah CLEAN ataupun membersihkan. Apa maksud membersihkan ni?

Kotoran dan habuk halus yang terhasil dari compressor aircond akan dibawa terus ke filter drier atau receiver drier. Pastikan minyak compressor ni ditukar mengikut spesifikasi pengeluar kereta sewaktu buat servis aircond supaya komponen dalaman compressor bersih dan tidak bergeser teruk. 

R1234yf-compressor-oil
Minyak compressor untuk gas baru R1234yf.

Kalau guna minyak yang tak ikut spec, compressor running kurang efisyen dan kasar operasinya. Bahaya! Dan seeloknya filter drier pun ditukarkan sekali sewaktu buat servis aircond. Bacaan lanjut tentang filter drier ada di sini.

4. COOL

Kita masuk fungsi yang ke-empat pula. COOL ataupun menyejukkan.

Sistem aircond kereta ni bekerja dalam tekanan dan kepanasan yang sangat tinggi. Lagi-lagi compressor aircond tu, dia pusing ikut kelajuan enjin.

Makin laju kereta bergerak, makin laju lah compressor tu berpusing. Jadi tekanan dan haba yang terhasil adalah sangat tinggi.

filter-drier-acs-8
Compressor berisiko tinggi untuk rosak teruk jika tidak pernah lakukan servis tukar minyak yang baru.

Oleh yang demikian, minyak compressor ni bertindak sebagai penyerap haba dan membawa haba panas yang melampau ni ke condenser untuk diturunkan suhu kerja sistem aircond ni. 

Sila baca lanjut tentang operasi dan komponen aircond kereta di sini.

5. SEAL

Fungsi terakhir minyak compressor aircond.. SEAL – SEALER ataupun pengedap. 

Kehadiran minyak compressor yang bersih dan baru ni dapat menjadikan compressor menghasilkan lebih mampatan dan tekanan yang terhasil adalah sangat kuat. Sistem aircond kereta ni memerlukan tekanan untuk menjadikan gas bertukar kepada cecair. 

servis-aircond-kereta
Minyak compressor menjadi hitam adalah disebabkan bercampur dengan habuk besi yang terhasil dari geseran kuat di dalam compressor.

AKHIR KATA

Minyak compressor ni berfungsi dengan efisyen pada tempoh masa yang tertentu. Sampai masa, minyak ni perlu diservis dan ditukar baru supaya minyak yang ada untuk sistem aircond ni sentiasa bekerja dengan lancar dan efisyen.

Risiko kerosakan pun boleh dikurangkan. Bayangkan apa enjin akan jadi bila minyak enjin lebih 30,000 km tak pernah ditukar baru? Boleh rosak tau enjin tu. Sama juga la macam sistem aircond.

servis-aircond-kereta

Kami nasihatkan supaya servis flushing untuk tukar minyak compressor aircond ni dibuat dan dilakukan secara berkala. Iaitu setiap 30,000 km ataupun setahun sekali.

Jadi nak tukar minyak compressor ni macam mana? Untuk info lebih lanjut tentang servis flushing tukar minyak compressor ni teruskan membaca di sini.

servis-aircond-kereta-2019
Mesin automatik yang canggih untuk tukar minyak compressor.

TONTON VIDEO KAMI

ENGINE OIL FILTER

KEPENTINGAN OIL FILTER Semua sedia maklum tentang 99.9% enjin kereta yang ada sekarang ni, perlukan dua benda yang sangat penting untuk enjin tu berfungsi dengan

Read More »

SERVIS KERETA HONDA

SERVIS KERETA HONDA Ini sikit info untuk korang yang minat model honda civic. Dan yang berkira-kira nak sambar satu. Sekarang ni Honda Civic dah sampai

Read More »

39 thoughts on “KEPENTINGAN MINYAK COMPRESSOR AIRCOND KERETA”

    1. seeloknya buang guna mesin flushing
      jadi minyak compressor yg lama di seluruh sistem dapat dikeluarkan

      kalau buat sendiri secara manual, buka compressor dan buang semua minyak dalam compressor
      pastikan sebelum masuk gas, lakukan proses vacuum dan purge
      pastikan masukkan gas ikut timbangan gram supaya yang masuk adalah cukup dan tidak melebihi spec

    1. proses vacuum wajib dilakukan sebelum masukkan gas

      kalau buat secara manual pastikan proses purge dilakukan jugak

      masukkan gas ikut spec berapa gram yang diperlukan untuk kereta tersebut

  1. Hai nak tnya klau kita bt flushing mnyak cmpssor guna mesin. Brpa hrga kos dia..? No2. Msa flushing knderan dlm keadaan hidup @ mati?. No3. Slepas flshing minyak bru dimasukan dgn cara bagaimana?. No4. Ada kah servis flshing buang mnyak lma dlm sluruh sistem gas msih ada dlm dlm sistem aircond?? No5. Lpas bt flushing mcm mna plk dgn flter drain di cndsor tu perlu ka tukar? Klau kna tukar!? Aturcara servis yg mna dlu yg patut bt.?!

  2. Assalamualaikum..saya baru tukar system aircond sendiri..cuma nak isi gas je lagi..apa yg perlu dibuat??sebelum isi gas ada buat apa2 ke?ke terus isi?

      1. sebelum tukar compressor buat servis flushing dan tukar filter drier
        selepas siap flushing dan tukar filter drier, pasangkan compressor yang baru tu

        dan letakkan minyak UV sekali sebelum pasang

        compressor baru tak perlu topup atau tambah minyak, sebab dalamnya dah ada minyak

  3. Assalammualaikum tumpang bertanya, sy dh buat major service aircond sistem dan tukar compressor aircond recond, coolling coil baru (kereta kancil) disbbkan compressor kong hingga minyak jd hitam, masalah sy hadapi compressor lambat on..dh jauh perjalanan br on compressor, Apakah punca masalah ini?

    1. isikan 100ml minyak compressor yang baru
      gunakan minyak compressor yang berkualiti dan ikut spesifikasi
      pastikan minyak compressor lama telah di flush keluar
      tukarkan filter drier dan periksa condition reading pressure di expansion valve sekali

      dijemput singgah ke acs untuk free checking masalah aircond

  4. Salam tuan..saya nak tanya acnd kereta waja, compressor rosak, sekarang nak beli compressor baru/recon.. Adakah minyak perlu isi jugak? Satu lagi saya tak ada system vacum macam mana nak buat manual boleh ke?

    1. salam tuan
      compressor yang dibeli baru dah sedia ada minyak compressor dekat dalamnya

      pastikan check dan kenal pasti dulu masalah sebenar sebelum tukar compressor
      risiko masalah masih sama je nanti lepas tukar compressor

      ibarat sakit pening kepala tapi makan ubat sakit perut
      masalah pening tak selesai

      vacuum tidak boleh buat manual
      perlu guna vacuum pump

  5. Jika tak keberaran boleh turunkan sikit ilmu tuan.. Sy ad sedikit kesulitan pada perodua kancil,tiada sebarang kebocoran tapi Masih kurang sejuk, setelah sy buka semua part dan flushing cooling coil, sy dapati lebih 100ml minyak terkumpul didalam cooling coil sy.. Boleh tuan terangkan adakah ia normal?

  6. tuan saya nak tanya berapa ml minyak yg diperlukan utk triton setelah sy gantikan compressor yg dibeli dri kedai hulfcut dan condenser baru.. semua system sy telah servis.. dan satu lagi apa simptomnya jika minyak berlebihan..

  7. Tuan.nak tanya.klau minyak compresor sudah dibuang dan flush semuanya.berapa sukatan minyak yg perlu dimasukkan untuk peroton saga lama compresor r22?

    1. aircond tak sejuk jangan tukar minyak compressor

      langkah pertama, buat pemeriksaan
      langkah kedua, selesaikan masalah yang ada
      langkah ketiga, baru boleh buat servis tukar minyak compressor

      jemput singgah ke acs untuk pemeriksaan percuma masalah aircond kereta

  8. Assalamualaikum tuan.. Sy nk tye berapa gram gas untuk compressor nissan almera.. Danberapa ml minyak perlu diisi.. (Compressor dlm keadaan kosong).. Barakallahufii kum..

  9. Assalamualaikum admin! Saya baru beli compressor DENSO COOL GEAR 10PA17C. Di dalam compressor minyak ada 80ML. Perlukah saya tambah Minyak 20 ML. Untuk mencukupi 100ML ???

Comments are closed.