fbpx

BERAPA HARGA UNTUK SERVIS ATAU REPAIR AIRCOND KERETA?

Sebenarnya harga untuk servis dan repair sistem aircond kereta ni subjektif. Sebab apa ya? Untuk makluman semua, punca aircond kereta tak sejuk atau kurang sejuk ni ada banyak sebenarnya.

Tidak semestinya masalah gas kurang disebabkan bocor. Antaranya adalah seperti berikut :-

  •  compression tak kuat
  •  sistem tersumbat
  •  fuse compressor aircond putus
  •  kipas pusing slow
  •  radiator tersumbat
  •  magnet rosak
  •  relay rosak
minyak-compressor-aircond-kereta
Sebelum proceed untuk tukar compressor, pastikan dah check betul-betul dan pastikan masalah sebenar dahulu.

Dan banyak lagi punca yang lain. Boleh baca kejap lepas ni tentang masalah-masalah aircond kereta yang banyak berlaku, dekat sini.

ANGGARAN HARGA

aircond-kereta-rosak
Buat servis flushing tukar minyak compressor sewaktu tukar magnet set.

APA PERBEZAAN ORIGINAL DENGAN OEM?

OEM adalah singkatan untuk original equipment manufacturer. Kilang pengeluar yang menjual semula produk syarikat lain di bawah nama dan jenama mereta sendiri.

Namun sebenarnya istilah untuk kilang yang buat spare part third party ni sepatutnya digelar VAR (value-added reseller) dan bukannya OEM.

acs-car-service-original-quality
Original baru mantap dan padu!

Tapi kita ikutkan je sebab sekarang  ramai yang faham bahawa OEM ni adalah kilang pengeluar reseller.

Kita ambil contoh brake pad Proton. Di pasaran ada dijual brake pad original Proton, tapi ada juga kilang lain yang buat brake pad untuk Proton iaitu Brembo. Jadi ada pilihan untuk pengguna. 

Apapun kualiti original adalah yang terbaik untuk jadikan sebagai pilihan.

HARGA UNTUK SERVIS ATAU REPAIR AIRCOND KERETA NI TAK SAMA.

acs-car-service-93
Risiko compressor aircond kereta rosak adalah sangat tinggi bila tak jaga servis sistem aircond.

PERKARA PERTAMA YANG PERLU ANDA LAKUKAN

Jadi sebelum dapat tahu harga dan masa yang sebenar yang terlibat untuk kerja baiki sistem aircond kereta, perlulah check terlebih dahulu dan confirmkan dengan pasti apakah masalah sebenar yang telah berlaku.

Kena buat servis ke atau kena repair ke? Minor atau major? Magnet set compressor aircond yang rosak ke? Atau ada masalah lain?

repair-aircond-kereta-55
Kos repair kerosakan sistem aircond kereta adalah subjektif. Bergantung pada jenis masalah dan model kereta.

FREE CHECKING UNTUK MASALAH AIRCOND KERETA.

Kami berbesar hati menjemput kepada mereka yang tengah serabut dan pening kepala dek masalah aircond kereta yang panas atau ketiak berpeluh bila drive tu, bolehlah datang ke ACS untuk kami bantu selesaikan masalah aircond kereta.

Tiada kos untuk check masalah aircond kereta dengan ACS.
PERCUMA!

Dekat sini, kami ada kongsikan cerita lanjut tentang servis flushing tukar minyak compressor yang guna mesin tu macam mana, manfaat servis tersebut dan lain-lain lagi. Boleh klik link merah tu untuk bacaan lanjut.

NAK PILIH TARIKH DAN MASA SEBELUM DATANG? KLIK BUTTON DI BAWAH NI

Pemeriksaan percuma untuk masalah aircond kereta di ACS.

ANGGARAN MASA UNTUK KENAL PASTI MASALAH AIRCOND

Tak ambil masa yang lama. Kurang 30 minit kita dah boleh tau apa masalah yang berlaku dalam sistem aircond kereta anda. Info lanjut klik sini.

APA YANG DILAKUKAN KETIKA FREE CHECKING?

Kami akan lakukan visual checking dan bacaan tekanan sistem aircond akan diambil bagi mengenalpasti masalah yang berlaku. Rujukan tentang perkara ni ada di sini.

acs-car-service-visual-checking

LOKASI ACS DEKAT MANA?

Waktu operasi ACS
Isnin hingga Sabtu, Pukul 9 pagi hingga 6 petang
Ahad cuti.

Rehat solat Jumaat
12:30 ~ 2:30 petang

ENGINE OIL FILTER

KEPENTINGAN OIL FILTER Semua sedia maklum tentang 99.9% enjin kereta yang ada sekarang ni, perlukan dua benda yang sangat penting untuk enjin tu berfungsi dengan

Read More »

SERVIS KERETA HONDA

SERVIS KERETA HONDA Ini sikit info untuk korang yang minat model honda civic. Dan yang berkira-kira nak sambar satu. Sekarang ni Honda Civic dah sampai

Read More »

65 thoughts on “BERAPA HARGA UNTUK SERVIS ATAU REPAIR AIRCOND KERETA?”

  1. Salam…boleh sy dptkan anggaran repair cooling coil…bocor .
    Adakah boleh dibaiki atau perlu tukar baru?

    1. Siti khatijah mat hussin

      Salam.. Nak tnya kalau bahagian yang tempat air kereta kancil tu macam retak sikit berapa harga kena tukar ye

  2. Salam

    Jika aircond tiba2 xsejuk.. off (lebih20 minit) .. on sejuk balik.. tapi xlama .. jd x sejuk balik..compressor ade bunyi. . Problem apa ya

  3. Muhammad Harith

    Aircond toyota unser sejuk kalau malam and waktu hujan. Tapi kalau siang panas. Boleh saye tau sebab ape and kos total untuk membaikinye?

  4. salam. sy menggunakan kereta axia lebih dari 4tahun dan telah tukar cooling coil sbb pomen cakap bocor, aircond tk sejuk dua bulan lepas . lepastu kereta start tk senju balik dan ada bunyi bila tekan button utk aircond . sy nak tanya adakah mslh kompressor dan berapa harga utk tukar ?

  5. Salam, compressor saya jammed (bila on aircond masa kereta berjalan kereta akan bergegar). Anggaran berapa ye untuk repair? Kereta Waja tahun 2001.

      1. MOHD NAZRI B TALIP

        Salam cik, saya isi gas dah 2x dlm nasa 2 bln. gas cpt habis.saya guna myvi.brp ya bajet klu air cond bocor.kompresor,kondensor semua ok.cuma gas cpt habis.

        1. salam
          gas tak akan habis kalau tak da bocor

          selsaikan masalah bocor dan lepas tu buat servis

          jemput singgah ke acs utk free checcking masalah aircond kereta

          1. Salam cik..saya pakai kereta saga lmst..masalah kreta saya selalu rosak magnet…4 biji compressor dah saya gnti semua rosak magnet compressor tu..apa punca tu cik?

          2. Salam
            Kemungkinan besar ada masalah short circuit dalam sistem aircond

            Kena bawa check ke wireman untuk check lebih lanjut

    1. kena check kipas condenser dan kipas radiator

      jemput singgah ke acs utk free checking masalah aircond kereta tuan

    1. waalaikumussalam

      bergantung pada kerosakkan yg berlaku

      ada yg boleh dibaiki
      ada yg tak boleh

      jemput singgah ke acs utk free checking masalah aircond kereta tuan

  6. Salam. Sy pakai Peugeot 408 2.0. Aircond sy xberapa sejuk. Dah check gas still okay xde kebocoran. Filter pon dah bersihkan. Sebelum bengkel ada cadangkan utk bersihkan condenser tp xsempat buat sebab kesuntukan masa waktu tu.. Cooling coil pon baru tukar under recall peugeot. Ada cadangan lain?

      1. macam2 puncanya
        boleh datang ke acs untuk pemeriksaan percuma masalah aircond kereta

        kami juga ada kongsikan cerita tentang masalah aircond kereta di blog website acs

    1. Seeloknya periksa dan tentukan dekat mana masalah bocor tersebut dah berlaku..

      Anggaran 50 hingga ke 1+++

      Boleh singgah kejap ke acs utk free checking?

    1. masa tukar cooling coil tu kena buat sekali servis flushing, tukar filter drier, check expansion valve dan juga thermistor
      guna cooling coil original

      tujuan buat flushing utk bersihkan sistem dalaman aircond yang tercemar dengan minyak compressor lama yang bersifat acidic

      https://www.acscarservice.com/kepentingan-minyak-compressor-aircond-kereta/

      https://www.acscarservice.com/minyak-compressor-aircond-kereta-anda-berisiko-menjadi-asid/

      boleh dapatkan info lanjut tentang minyak compressor di link atas ni

      kos anggaran kena standby 800~1100

      terima kasih

  7. kepada admin Acs.. nk tanya..
    aircond kereta sy.. proton saga tahun 1988.. aircond nya kejap sejuk kejap panas knp ye.. ? dh tukar dh compressor, condenser, valve aircond, pipe nya, relay, cooling coil, on/off button (yg didalamnya), button suhu aircond, mcm2 dh tukar.. tapi still timbul masalah yg sama.. knp ye.. ? boleh check ke kereta sy nnt ye.. ? atau ada sebarang idea yg sy bleh buatkan dulu.. tq tuan admin Acs..

    1. Salam
      Boleh singgah kejap ke acs ?

      Banyak dah tu buat sendiri

      Kami boleh tolong check
      Servis checking ni percuma aje ?

    1. bergantung pada model kereta dan tahun model kereta tuan
      boleh whatsapp ke 0192211840 untuk pertanyaan lanjut tantang harga

      terima kaseh

  8. Assallamualaikum tuan .. sy mau tanya , brpa anggaran tukar cooling coil kelisa yang baru dan termasuk upah pomen .. Tolong tuan jawabkan untk sy .. mnta tlong sngat”2 .. Terima Kasih ..

  9. reduan bin ismail

    Assalammualaikum,sy nak tanya kereta sy produa alza tp guna compresor bezza 1.3 akan jd masalah apa2 tak?

  10. Mohd sabarudin bin ismail

    paip aircond jadi iceing apabila bawa kenderaan dalam masa 2 jam dan ke atas..walhal volume adjust tu saya hanya letak pada separuh shj..apabila da iceing angin blower tak kuat..apa perlu saya buat?..model honda city 2013.

    1. besar kemungkinan thermistor (sensor di cooling coil) tu dah rosak
      sensor tu bertugas menghantar signal cut ke compressor setelah suhu yang kita set tu dah dicapai

  11. Salam…

    Bila on aircond tiba2 keluar bau mcm bau ubat…tetapi aircond tak sejuk mcm biasa…mcm kipas angin jer rasanya…Apa sebab ye…?

  12. patrick Christopher

    salam…. kereta alza dah 6 tahun tak pernah service aircon .tiba2 on aircon blower ok,fan kipas ok tapi tak sejuk kenapa ya?

  13. honda fd 2011 saya menjangkau 200k km. Aircon masih sejuk….apa saya perlu buat untuk kekalkan prestasi aircon.

  14. salam,
    kereta sy blower berhenti selepas kereta jalan 30-50 mnit..kena off aircond dlu lepas tu on balik baru ada angin keluar.
    boleh tahu apa masalah? final stage resistor sudah tukar, blower pusing elok. temperature sensor pn sudah tukar..
    kereta bmw f30

  15. Saya nak tanya,kereta saya Saga FLX,da isi gas,selepas 4 bulan dia jadi panas,tak sejuk,cuma angin keluar macam kipas biasa. Lepastu bila saya start enjin bunyi kasar sangat..boleh saya tahu berapa harga compressor saga FLX ya? Nak ke ACS saya tinggal di Segamat,Johor?. Bila ke kedai aircond,bila kita tak tahu apa masalah spesifik,tambah2 lagi orang perempuan macam2 yang dicadangkan,risau pulak..

  16. salam tuan, blower aircond mcm tersekat2 nak keluar angin selepas jalan lebih kurang 30 mnit angin xnak keluar..kena main buka tutup baru ada angin dari blower..aircond sejuk tp bila xde angin mmg panas..final stage resistor dan tuka, temperature adapter pn dah tuka..ada solution?kereta bmw f30

  17. Salam. saya ada sebuah perodua kembara tahin 2003. Aircond dah tak sejuk. Pernah repair dah tahan la dalam 2-3 bulan lepas tu tak sejuk semula. Boleh kongsi harga / kos untuk tukar aircond kembara saya tu? Saya rasa kalau repair, masalah yg sama akan datang semula.

  18. Salam admin.. Aircond kereta sy no 1 tiada angin yg keluar? sekarang pakai aircond pusing no 2 ja.. Faham kan maksud saya.. So apa kerosakan dan mslahnya?

  19. Mastura bt mohd akhir

    Salam, sy pkai vivva..tetiba bila on aircond tidak kuar gas..knp yer..dah tukat compressor dah beberapa bulan lps.. langsung tidak mengeluarkan gas…

  20. MUHAMMAD AMIRULL HAKIMMI

    Assalamualaikum, bajet untuk tukar satu set aircond kereta proton satria 1.6cc tahun 1995 berapa yaa?

  21. Sharizal Samsudin

    Haii ..kenapa ya kereta saya jenis perodua kancil jadi sedu2 sekarang ni ?? Saya belum bawa ke bengkel lagi

    1. jangan biar lama masalah bunyik ni walaupun aircond masih sejuk

      buat pemeriksaan segera
      besar kemungkinan masalah bahagian dalam compressor
      atau boleh jadi masalah bunyik dari pulley2 lain yang berpusing bersama2 compressor
      contohnya seperti waterpump, alternator, power steering pump, crankshaft pulley

      jemput singgah ke acs untuk pemeriksaan percuma

  22. bang myvi thn 2006 saya ad mslah aircond x sejuk lgsung skrg. sblm ni… psg no 1 2 je sejuk. up 3 ke 4 speed jd x sejuk.. skrg x sjk lgsg. sy nk tkr full system ke myv lg best cam dlm vid abg. blh bg anggaran harga x?

    1. harga bermula dengan 2+++ hingga 3+++

      bergantung pada parts yang kita akan pakai nanti masa nak upgrade ke sistem myvi lagi best tu

      boleh call supervisor acs untuk pertanyaan lanjut tentang harga
      atau boleh terus jumpa beliau bila sampai ke acs

      En Shahrizal
      0199151840

  23. Salam, sy nk tanya berkenaan dengan kereta Viva sy. hari tu kereta viva sy aircond tak sejuk. jadi sy hantar ke bengkel berdekatan. selepas membuat pemeriksaan mereka mendapati kompressor kereta sy telah pun rosak dan setelah mereka ingin membuat penukaran tersebut terdapat habuk besi di dalam kondenser dgn cooling coil. Jd mekanik tersebut mencadangkan kepada sy untuk tukar satu set sistem aircond kerana risau akan berlaku kerosakan lagi. Jadi sy membuat keputusan untuk tukar kompressor dan kondeser terlebih dahulu mamandang pada waktu itu sy kekurangan wang. Selepas pembaikian dilakukan kereta kembali sejuk cuma kurang cepat berbanding dahulu dan kemudian mekanik tersebut mencadang kan kepada sy utk menukar cooling coil nanti anggaran kos kira2 dalam 580 kerana terpaksa membuat flusing semula. Perlu ke sy teruskan dengan penukaran cooling coil tersebut?

    1. salam kena tukar semua terus sebenarnya pada awalnya
      risiko rosak balik sangat tinggi bila dah ada habuk besi

  24. Salam, brape anggaran full major servis aircond estima ACR30? Dan boleh tahu anggaran berapa hari diperlukan untuk siap?

    1. waalaikumussalam
      jemput datang ke acs dulu buat free checking
      kami kan tolong buat visual checking dan lepas tu buat pressure reading
      lepas tu baru kita akan tahu masalah ape yang sedang berlaku

      jemput datang ke acs

Comments are closed.