Sistem aircond kereta memang agak teknikal sikit untuk kita fahamkan. Bekerja dalam keadaan tekanan tinggi dan rendah dan mempunyai beberapa komponen yang penting untuk berfungsi cemerlang.
Cuma di sini, kami cuba kongsikan kepada anda seberapa ringkas yang untuk memudahkan kita semua memahami kerja dan operasi sistem aircond kereta ni.
TEKANAN SISTEM AIRCOND KERETA
Bekerja dalam dua keadaan tekanan. Tekanan tinggi (high pressure side) dan tekanan rendah (low pressure side)
HIGH PRESSURE SIDE
Tekanan tinggi yang dihasilkan adalah sekitar 180~220 psi dan jika mempunyai bacaan kurang atau lebih dari bacaan ni, bermaksud ada masalah yang sedang berlaku.
High pressure side ni guna meter warna merah. Merah yang bermakna tekanan tinggi dan panas.
LOW PRESSURE SIDE
Tekanan yang ada di sini adalah sekitar 25~35 psi dan jika mempunyai bacaan kurang atau lebih, bermaksud terdapat masalah yang berlaku dalam sistem.
Menggunakan meter berwarna biru yang menunjukkan sejuk dan bertekanan rendah.
KONDENSASI & PENGELUWAPAN
Proses kondensasi dan pengeluwapan ada berlaku dalam sistem aircond kereta. Sifat refrigerant R134a berubah.
Cerita lebih lanjut tentang proses kondensasi dan pengeluwapan dalam sistem aircond kereta ni kami ada kongsikan di sini.
Terdapat 7 komponen yang terlibat dalam sistem aircond kereta.
Komponen yang terlibat adalah :
Compressor
Condenser
Condenser fan
Expansion valve
Cooling coil (evaporator)
Blower fan
Hose & pipe
MASALAH YANG BERLAKU
Banyak masalah yang boleh berlaku dalam sistem aircond kereta. Antaranya adalah magnet compressor rosak, kehabisan gas sebab ada masalah bocor, kipas condenser tak berfungsi dan macam-macam lagi.
Boleh teruskan bacaan tentang masalah dan punca yang menyebabkan aircond kereta tak sejuk di sini.
CARA RINGKAS UNTUK CHECK MASALAH AIRCOND KERETA
Menggunakan deria mata kasar dan melibatkan penggunaan aircond manifold gauge. Macam mana caranya? Klik sini.
PEMERIKSAAN PERCUMA
Di ACS, kami menyediakan perkhidmatan pemeriksaan masalah aircond kereta secara percuma.
Ya betul ianya percuma. Dengan kepakaran , pengalaman dan alatan yang cukup kami bersedia untuk membantu kepada sesiapa menyelesaikan masalah aircond kereta kepada sesiapa yang memerlukan.
Caranya mudah, untuk dapatkan pemeriksaan percuma ni, hanya perlu buat appointment di sini.
VIDEO PENERANGAN RINGKAS READING PRESSURE SISTEM AIRCOND KERETA
KEPENTINGAN OIL FILTER Semua sedia maklum tentang 99.9% enjin kereta yang ada sekarang ni, perlukan dua benda yang sangat penting untuk enjin tu berfungsi dengan
SERVIS KERETA HONDA Ini sikit info untuk korang yang minat model honda civic. Dan yang berkira-kira nak sambar satu. Sekarang ni Honda Civic dah sampai
KEDAI AIRCOND KERETA JOHOR BAHRU tonton video cikman ni AIRCOND PROBLEM HATI SERABUT Ada satu hari ni aircond kereta buat hal pulak. Tengah outstation rosak
BILA PERLU SERVIS AIRCOND KERETA? Soalan ni ramai yang bertanya, dan ramai juga masih tak tau bila sebenarnya masa untuk kita servis aircond kereta kita
KEDAI AIRCOND KERETA AMPANG PANDAN INDAH Hari ni macam biasa kami bukak kedai. Ada seorang abang ni datang singgah kedai aircond kereta acs cawangan pandan
Salam…saya ada masalah aircond kereta estima acr30 2003.
Aircond rasa sejuk kejap ada..sekejap tak ada..bahang haba panas aja keluar
Bila saya sentuh Air piping tak rasa sejuk…itu pun jika saya tekan padel minyak lebih 80km/j ke atas baru aircond ada rasa sejuk..saya nak nak apa fungsi & masa bila ia berfungsi servo assembly aircond ada mengena tak aircond bermasalah seperti di atas
Tq..
admin
Salam
Check dan dptkan bacaan pressure sistem dulu
Besar kemungkinan ada masalah dgn compressor solenoid control valve
Grand livina lepas cuci cooling coil,
saya pasang semula lps tu compressor tak mau jalan..pasal apa ya?ke kena masuk gas dulu baru compreesor jalan?
admin
Ya betul tu, selepas buka cooling coil keluar, kena masukkan gas dahulu baru compressor akan jalan
MOHD SUFIAN
Assalamualaikum Tuan. Sekadar minta pandangan pasal A/C myvi tahun 2005 saya telah service A/C di satu kedai dia ckp high pressure side still lebih 200psi (220psi) dan dia suggest kena tukar condenser baru. Sedangkan condenser baru tukar awal tahun ini. Adakah betul adakah betul perlu similar ataupun mmg myvi high pressure begitu ?
Lan
Salam
Masalah aircond kereta sy bila tgh memandu tiba2 bau busuk datang.mcm bau bangkai.selalunya terjadi bila tekan break or tekan minyak laju sangat utk kali pertama. Lepas tu bau tu hilang dah.jarang jadi.cuma bau akan dtg balik sekali sekala je semasa memandu.sebab apa ye?
admin
salam
besar kemungkinan memang ada bangkai
biasanya dekat acs bangkai cicak
tapi sebelum pernah kena jugak ada bangkai tikus mati
ni yg paling teruk
jgn biarkan tak baik untuk kesihatan kita dan sistem aircond
saya dah tukar magnet compressor.. dan dah tukar motor kipas (sebab tak berfungsi) kemudian masuk gas… bertahan 2 hari jer.. lepas tu tak sejuk.. dia bukan tak sejuk terus.. dia slow2 dan hilang sejuknya.. dimana masalahnya yer.. saya mazda3 2011
admin
terdapat kebocoran gas tu
selesaikan masalah bocor tu dulu lepas tu buat servis
EDWARD
Aircond kereta saya akan tidak sejuk apabila kenderaan telah berhenti jika cuaca panas. sebelum itu terdapat keluar wap pada aircond sebelum masalah ini timbul. Apakah masalah tersebut tuan.
Zubir bin jamaludin
Boleh tak mengisi gas aircond dengan sendiri menggunakan gas dalam bentuk botol aerosol yg menggunakan cap valve botol tanpo hose dam meter bacaan..saya telah membuat pembelian compressor pump yg baru dan saya ingin memasangnya dengan cara sendiri..kemungkinan minyak compressor tidak tersedia dalam kandungan pembelian saya..boleh tak syorkan jika proses pemasangan dan pengisian gas boleh menggunakan valve botol berapakah kapasiti jumlah kandungan gas beserta minyak compressor yg tepat yang boleh saya gunakan ..dan sekiranya ada cadangan yg lain saya terima dan berterimakasih kerana dapat membantu..sekian
Addy Gabril
Kereta iswara…baru2 nie dah tukar cooling coil baru+filter…masalahnya aircond kurang sejuk..
Amlee
Kereta kelisa paip pada hose L sejuk..
Paip pada hose H panas..
Ekon kurang sejuk padahal paip beku mcm peti dah..
Cut off cantik.. adakah kena tukar drier dan condenser baru atau buat flush?
masalah aircond
Kalau kite tau aircond rosak dan masih on kannya..apa akan berlaku ye?
sangat tidak dinasihatkan guna aircond bila dah ada masalah
masalah akan semakin teruk dan belanja baiki akan tinggi
berisiko tinggi jadi masalah macam dalam link bwh ni
https://www.acscarservice.com/perodua-myvi-paling-banyak-terkena-masalah-minyak-compressor-hitam-legam/
Salam…saya ada masalah aircond kereta estima acr30 2003.
Aircond rasa sejuk kejap ada..sekejap tak ada..bahang haba panas aja keluar
Bila saya sentuh Air piping tak rasa sejuk…itu pun jika saya tekan padel minyak lebih 80km/j ke atas baru aircond ada rasa sejuk..saya nak nak apa fungsi & masa bila ia berfungsi servo assembly aircond ada mengena tak aircond bermasalah seperti di atas
Tq..
Salam
Check dan dptkan bacaan pressure sistem dulu
Besar kemungkinan ada masalah dgn compressor solenoid control valve
Boleh rujuk artikel kami ni
https://www.acscarservice.com/masalah-aircond-kereta-toyota/
Grand livina lepas cuci cooling coil,
saya pasang semula lps tu compressor tak mau jalan..pasal apa ya?ke kena masuk gas dulu baru compreesor jalan?
Ya betul tu, selepas buka cooling coil keluar, kena masukkan gas dahulu baru compressor akan jalan
Assalamualaikum Tuan. Sekadar minta pandangan pasal A/C myvi tahun 2005 saya telah service A/C di satu kedai dia ckp high pressure side still lebih 200psi (220psi) dan dia suggest kena tukar condenser baru. Sedangkan condenser baru tukar awal tahun ini. Adakah betul adakah betul perlu similar ataupun mmg myvi high pressure begitu ?
Salam
Masalah aircond kereta sy bila tgh memandu tiba2 bau busuk datang.mcm bau bangkai.selalunya terjadi bila tekan break or tekan minyak laju sangat utk kali pertama. Lepas tu bau tu hilang dah.jarang jadi.cuma bau akan dtg balik sekali sekala je semasa memandu.sebab apa ye?
salam
besar kemungkinan memang ada bangkai
biasanya dekat acs bangkai cicak
tapi sebelum pernah kena jugak ada bangkai tikus mati
ni yg paling teruk
jgn biarkan tak baik untuk kesihatan kita dan sistem aircond
jemput singgah ke acs utk free checking
https://www.acscarservice.com/aircond-kereta-berbau/
saya dah tukar magnet compressor.. dan dah tukar motor kipas (sebab tak berfungsi) kemudian masuk gas… bertahan 2 hari jer.. lepas tu tak sejuk.. dia bukan tak sejuk terus.. dia slow2 dan hilang sejuknya.. dimana masalahnya yer.. saya mazda3 2011
terdapat kebocoran gas tu
selesaikan masalah bocor tu dulu lepas tu buat servis
Aircond kereta saya akan tidak sejuk apabila kenderaan telah berhenti jika cuaca panas. sebelum itu terdapat keluar wap pada aircond sebelum masalah ini timbul. Apakah masalah tersebut tuan.
Boleh tak mengisi gas aircond dengan sendiri menggunakan gas dalam bentuk botol aerosol yg menggunakan cap valve botol tanpo hose dam meter bacaan..saya telah membuat pembelian compressor pump yg baru dan saya ingin memasangnya dengan cara sendiri..kemungkinan minyak compressor tidak tersedia dalam kandungan pembelian saya..boleh tak syorkan jika proses pemasangan dan pengisian gas boleh menggunakan valve botol berapakah kapasiti jumlah kandungan gas beserta minyak compressor yg tepat yang boleh saya gunakan ..dan sekiranya ada cadangan yg lain saya terima dan berterimakasih kerana dapat membantu..sekian
Kereta iswara…baru2 nie dah tukar cooling coil baru+filter…masalahnya aircond kurang sejuk..
Kereta kelisa paip pada hose L sejuk..
Paip pada hose H panas..
Ekon kurang sejuk padahal paip beku mcm peti dah..
Cut off cantik.. adakah kena tukar drier dan condenser baru atau buat flush?
apa yang berlaku jika low pressure paip panas