PERHATIAN KEPADA ANDA YANG MEMILIKI KERETA TOYOTA, ANDA MUNGKIN MENGALAMI MASALAH AIRCOND SEPERTI INI...
Yang pertama, sewaktu aircond dan enjin kereta dihidupkan , anda terpaksa menekan pedal minyak ( rev up engine speed ) baru dapat rasa aircond mulai sejuk. Tetapi setelah beberapa minit kemudian sedang kereta idle , angin aircond yang sejuk tadi beransur hilang.
Atau situasi yang kedua, sewaktu terperangkap dalam traffic jem yang teruk , aircond mula mengeluarkan bahang yang panas sehinggakan terpaksa matikan aircond dan buka tingkap.
Atau situasi terakhir, sewaktu kereta bergerak , sejuk berkurang secara tiba-tiba diakhiri dengan rasa bahang yang panas , tapi bila berhenti rasa sejuk mula datang kembali ? ( Berbeza dengan situasi yang pertama dan kedua )
Untuk pengetahuan semua, compressor jenis VDC ini boleh melaraskan kepadatan mampatan untuk diselarikan dengan keperluan suhu sejuk dalam kereta anda.
Tidak rasa JERK atau BUNYI YANG KUAT seperti compressor jenis clutch magnet yang digunakan untuk kereta model yang lain.
Dapat rasakan enjin sangat smooth sewaktu aircond dihidupkan.
Perkara penting tentang Variable Displacement Compressor ( VDC) yang perlu anda tahu
Jumlah kuantiti dan kualiti minyak yang ada dalam compressor.Sekiranya minyak yang ada dalam compressor ini sangat kurang atau tiada langsung, solenoid control valve yang terdapat pada compressor VDC ini tidak akan engage.
Oleh sebab yang demikian, ini akan mengakibatkan compressor VDC tadi tidak dapat memampatkan gas R134a untuk melengkapkan proses penyejukan. Solenoid control valve ini boleh mengesan sama ada minyak yang terdapat dalam compressor adalah kurang atau tidak.
Dan sekiranya minyak dalam compressor kurang, solenoid control valve tersebut akan menghantar signal kepada ECU supaya compressor berhenti bekerja.
Ini adalah safety feature yang terdapat pada sistem bekerja compressor VDC. Tujuannya adalah untuk mengelakkan kerosakan yang teruk berlaku dalam sistem aircond kereta Toyota anda kerana minyak yang kurang boleh mengakibatkan seluruh komponen dalam sistem aircond terjejas.
Sebab apa pentingnya servis flushing untuk tukar minyak compressor ni penting?
Tak pernah buat servis flushing tukar minyak compressor ke? Nak tau lebih lanjut pasal servis flushing ni, boleh amik masa kejap baca pasal benda penting ni. Jom baca kejap!
PENYELESAIAN MASALAH INI
Ada tiga cara yang pernah kami gunakan. Tetapi paling terbaik dan memberikan penyelesaian penuh adalah cara yang ketiga.
1. CARA PERTAMA : Buat servis flushing untuk flush buang minyak compressor yang lama dan masukkan minyak compressor yang baru. 2. CARA KEDUA : Tukar solenoid control valve yang baru dan buat servis flushing sekali. 3. CARA KETIGA : Tukar sebiji compressor baru original. Sebelum tukar flush sistem terlebih dahulu.
KENAPA ACS PILIH CARA YANG KETIGA?
Cara pertama dan kedua, kami kerap mendapat hasil yang sama iaitu masalah masih tidak selesai. Situasi dan symptom masih juga berlaku.
Ada kes yang kami tukarkan solenoid control valve yang baru original pun tak bertahan lama. Selepas 2,3 bulan pakai, masalah kembali berulang.
Dan perkara ini memberi masalah kepada acs dan juga pemilik kereta.
Akhirnya kami mengambil keputusan untuk terus menyarankan kepada pemilik-pemilik kereta yang menggunakan compressor jenis VDC ini terus tukar compressor baru original dan jaga servis untuk sistem aircond kereta mereta secara berkala supaya jangka hayat dan sistem dapat bekerja dengan cemerlang menghasilkan suhu sejuk sentiasa.
KEPENTINGAN OIL FILTER Semua sedia maklum tentang 99.9% enjin kereta yang ada sekarang ni, perlukan dua benda yang sangat penting untuk enjin tu berfungsi dengan
SERVIS KERETA HONDA Ini sikit info untuk korang yang minat model honda civic. Dan yang berkira-kira nak sambar satu. Sekarang ni Honda Civic dah sampai
KEDAI AIRCOND KERETA JOHOR BAHRU tonton video cikman ni AIRCOND PROBLEM HATI SERABUT Ada satu hari ni aircond kereta buat hal pulak. Tengah outstation rosak
BILA PERLU SERVIS AIRCOND KERETA? Soalan ni ramai yang bertanya, dan ramai juga masih tak tau bila sebenarnya masa untuk kita servis aircond kereta kita
KEDAI AIRCOND KERETA AMPANG PANDAN INDAH Hari ni macam biasa kami bukak kedai. Ada seorang abang ni datang singgah kedai aircond kereta acs cawangan pandan
berapa ml minyak compressor untuk toyota wish ni?
Lampu butang ac berkedip kedip dan ac tak sejuk, kenapa?
kena check guna scan tool tu
jemput singgah ke acs