fbpx

Aircond Kereta Anda Perlu Servis Atau Repair?

Semua masalah aircond yang akan kami kongsikan ni berisiko tinggi untuk berlaku sekiranya servis berkala untuk sistem aircond kereta korang diabaikan. Rata-rata masalah aircond yang datang ke ACS berpunca dari kegagalan fungsi minyak compressor. Ramai yang masih tak tahu bahawa terdapat minyak yang berfungsi sebagai pelincir berada dekat dalam compressor aircond. Kesudahannya, belanja besar dibuatnya.Korang boleh baca kejap pasal kepentingan minyak compressor dekat sini.

Untuk pengetahuan korang, kalau ada masalah dalam sistem aircond, kita tak boleh buat servis lagi. Langkah yang pertama yang perlu buat adalah periksa dan kenal pasti masalah sebenar yang sedang berlaku. Sebaik selepas masalah sebenar diselesaikan, barulah boleh kita teruskan untuk kerja servis sistem aircond. Kalau korang tak selesaikan masalah yang ada dulu, terus buat servis, alamatnya aircond kereta korang gagal berfungsi dengan baik dan masalah yang ada tetap berulang. Nanti korang boleh baca pasal servis flushing aircond dan manfaatnya dekat sini pulak.

ANTARA MASALAH AIRCOND KERETA YANG KERAP KAMI TERIMA DEKAT ACS

• Cooling Coil Bocor
• Condenser Bocor (Condenser Leakage)
• Compressor Rosak
• Compressor Aircond Belt Putus
• Masalah Termostat Di Panel Dashboard
• Filter Drier Atau Expansion Valve Tersumbat 
• Angin Blower Tak Kuat 

Jadi, nasihat kami pastikan minyak compressor untuk sistem aircond kereta korang ditukar baru setiap 30,000km atau setahun sekali. Bukan topup-topup ye, tukar baru tau. Filter drier juga jadikan kewajiban untuk tukarkan sekali masa buat servis flushing tu. Bagi model-model kereta yang baru, pastikan cabin filter yang terletak di belakang glove box penumpang depan tu sentiasa bersih. Kalau cabin filter ni kotor, angin blower susah nak lepas, jadi kurang sejuk aircond korang. Lagi satu, cabin filter terlalu kotor ni jugak bahaya untuk kesihatan. Bila dah kotor sangat tukar je yang baru.

Moga perkongsian kami ni dapat berikan korang kefahaman tentang pentingnya penjagaan sistem aircond kereta. Nak baca lagi? Nah cerita pasal bunyik compressor pulak.

TONTON VIDEO KAMI

LOKASI ACS DEKAT MANA?

ENGINE OIL FILTER

KEPENTINGAN OIL FILTER Semua sedia maklum tentang 99.9% enjin kereta yang ada sekarang ni, perlukan dua benda yang sangat penting untuk enjin tu berfungsi dengan

Read More »

SERVIS KERETA HONDA

SERVIS KERETA HONDA Ini sikit info untuk korang yang minat model honda civic. Dan yang berkira-kira nak sambar satu. Sekarang ni Honda Civic dah sampai

Read More »

5 thoughts on “Aircond Kereta Anda Perlu Servis Atau Repair?”

  1. Assalamualaikum&salam sejahtera.
    Saya guna Proton Exora CPS campro 1.6 automatik..
    Saya nak tanya 1 soalan..
    1)Apa sebab bila bawak exora,msa tgh jln&buka aircond tue mmg ia akn jd sjuk dan lpstue jd pnas blik&slps tue kmbali jd sjuk smula dan bila dh smpai rumah&matikan smua suis radio&lain2 tiba2 kipas aircond masih brpusing sdgkan dh ttup suisnya dan kdg2 dlm 10/15minit bru stop.
    Mohon bantuan itu mslh apa&apa ptut tkar sbb stiap awl pg ssh nk hdup enjin@bateri jd lemah sdgkn bru tkar 7hari lps.

    Sekian,Terima Kasih

  2. Boleh kongsi ilmu dalam pertanyaan ialah saya baru menukar compressor avanza seblom pasang saya keluarkan oil dari compressor yg lama untuk saya tahu berapa isipadu minyak trsebut. Kemudian saya keluarkan oil compressor baru mengikut isipadu oil comp yang lama kemudian proses masukan gas saya vacum terlbih dahulu kemudian strat tune up.. Persoalan saya kenapa comperssor berpeluh@sejuk dalam krta kurang sejuk.. Sblom tukar comp ok sejuk sebab saya tukar compressor coler bearing sudah makan.. Guna compressor ori

Comments are closed.