BILA ON AIRCOND ADA BUNYI? BUNYI COMPRESSOR KE ?
Biasanya bila on aircond masa mula2 nak drive keta tu, tak da pulak bunyik yang pelik.. Tapi hari ni bila on aircond je, ada pulak keluar bunyik pelik..kuat dan kasar pulak tu
Ahh sudahhh.. apehal pulak ni? selalu ok jerrr .. bunyik kuat, tambah satu lagi masalah tak sejuk pulak tu
Arrrgghhh .. saya sudah risau bossku .. apa yang jadi ni ? risau weiiii
Situasi di atas mungkin pernah atau bakal berlaku kepada anda.. Hah! .. Relaksss jgn risau, kepada yg jaga servis sistem aircond kereta secara berkala tu tak perlu risau sangat.. yang tak pernah servis sistem aircond kereta ni mmg patut risau sangat-sangat
Sebab apa ya?
bukan sekadar masalah bunyik je yg boleh berlaku bila kita tak jaga servis berkala aircond, masalah-masalah yg lain juga boleh berlaku tau
Kali ni, kami ingin kongsikan kepada anda semua 3 jenis bunyik yang selalu berlaku dan datang dari compressor aircond kereta korang.
Lepas habis baca ni, jemput baca tentang komponen utama dalam sistem aircond kereta dekat sini.
BUNYI PULLEY BEARING COMPRESSOR
Bila pulley bearing compressor ni bermasalah, biasanya akan ada bunyi yang sangat kuat dan kasar bila on aircond .. dan ada kes jugak, bila off aircond pun bunyi ni ada lagi. Jadi, korang jangan biarkan masalah ni lama, boleh memudaratkan seterusnya bertambah teruk lagi nanti.
BUNYI DARI COMPRESSOR BELT ATAUPUN TALI SAWAT KOMPRESSOR
Masalah bunyi yang datang dari belt compressor ni adalah bila belt tersebut longgar atau kendur. Menghasilkan bunyi yang sangat nyaring dan kuat seperti bunyi tikus. Selalunya tanda belt compressor ni dah mula kendur, bila waktu pagi start dan on aircond tu, bunyi ni keluar. Tapi bila dah drive 5 minit, bunyi ni hilang. untuk info korang juga, bunyi ni juga adalah salah satu tanda bahawa fan belt tensioner dah mula tak kuat. ( untuk model kereta yang guna fan belt tensioner ). Lakukan pemeriksaan segera tuan-puan, supaya tiada kerosakan yang teruk berlaku. Oh lupa nak habaq angpa semua, hari tu Wak Doyok ada repair aircond kereta beliau dekat ACS. Kalau korang nak baca kejap cerita tu ada dekat sini ye.
BUNYI DARI DALAM COMPRESSOR
Diharap bunyi yang ada tu bukan dari dalam compressor.
Tu adalah tanda komponen dalaman compressor dah bergeser dengan kuat dan menyebabkan kerosakan.
Minyak compressor akan bercampur dengan habuk besi, bermula minyak ni yang asalnya jernih dan bertukar menjadi kelabu dan lama kelamaan jadi hitam legam.
Ada cerita banyak kereta Perodua Myvi alami masalah ni. Klik sini.
Tonton video kami dibawah tentang masalah bunyi compressor aircond kereta. Atau tonton video kami yang lain di youtube channel ACS Car Service
TONTON VIDEO KAMI
LOKASI ACS DEKAT MANA??
BENGKEL AIRCOND KERETA SHAH ALAM – JANGAN TUKAR COMPRESSOR SEBELUM CHECK BENDA INI
BENGKEL AIRCOND KERETA SHAH ALAM – JANGAN TUKAR COMPRESSOR SEBELUM CHECK BENDA INI Kalau anda sedang mencari bengkel aircond kereta Shah Alam atau bengkel aircond
Bengkel Aircond Kereta Melaka
Bengkel Aircond Kereta Melaka – Aircond Tak Sejuk? Ini Punca Sebenar Bila aircond kereta tiba-tiba tak sejuk, ramai orang Melaka akan terus fikir “gas habis,
KEDAI AIRCOND KERETA SHAH ALAM
AIRCOND KERETA ROSAK PULAK DEKAT SHAH ALAM TAK SEJUK KENA CHECK DULU Ada la satu hari tu tahun lepas, akhir tahun kot tak silap aku..
ENGINE OIL FILTER
KEPENTINGAN OIL FILTER Semua sedia maklum tentang 99.9% enjin kereta yang ada sekarang ni, perlukan dua benda yang sangat penting untuk enjin tu berfungsi dengan
SERVIS KERETA HONDA
SERVIS KERETA HONDA Ini sikit info untuk korang yang minat model honda civic. Dan yang berkira-kira nak sambar satu. Sekarang ni Honda Civic dah sampai
KEDAI AIRCOND KERETA JOHOR BAHRU
KEDAI AIRCOND KERETA JOHOR BAHRU tonton video cikman ni AIRCOND PROBLEM HATI SERABUT Ada satu hari ni aircond kereta buat hal pulak. Tengah outstation rosak
saya baru masukkn gas dgn minyak.. dlm pada sedang masuk gas dia xbunyi.. sejuk lg.. hati pun senang lg.. dlm perjalanan pulang tiba tiba bunyi plak. adui hai.. jem pala boss. apa masalah problem tu bossku.
OOohh… tu bunyi duit nak keluar dari poket.
Slm cip..nk tnya ba psl compressor aircond krta (flx). Bila on aircond,akan ada bunyi yg kuat dr compressor. Dia bunyi mcm ..takkk..takk..bila bunyi ni keluar,aircond x sejuk. Bunyi ni jga akan keluar ketika kereta di pandu perlahan atau dalam jalan sesak ke.atau dlm keadaan kereta parking tp enjin hidup. Ble jelaskan apa mslah?
Masa alah saya sekarang, tali belt acc cepat longgar atau mengembang, harap tuan bolih membantu
Kipas x pusing kuat angin slow dh services econ ape masalah tuan
Macam mana nak tahu bunyi bearing tu ye? Sebab axia saya bila on aircond bawa rpm tinggi sikit dia bunyi bising bila off takde bunyi dah
Assalam, kereta saya myvi dan ada bunyi, baru tukar waterpump still bunyi masih ada. Ada tak video contoh bunyi yg terhasil dari compressor? Saya nak ke kedai tapi ahad tutup jadi saya kene cari masa sesuai untuk kesana sbb kerja. Jadi ada tak tuan boleh bagi contoh bunyinya?
salam
maaf contoh bunyik nya tak ada
bunyik dari compressor
dengung
ketak ketak kuat dan macam-macam lagi
jemput singgah ke acs untuk free checking
Saya pengguna myvi lagi best 2014.
Buat masa ni kerap bunyi pelik dari compressor dan pulley.
Ada masa bunyi tikus bila waktu pagi dan mula hilang setelah kereta berjalan.
Tp bile saya kuatkan fan pki mode no 3, saya perasan mcm bunyi motor compressor jammed. Tambahan pula aircond pun x berapa sejuk.
Boleh jd kene tukar sebiji compressor ke?
langkah paling awal ialah stop dulu guna aircond< sebab kita tak nak rosak makin teruk dapatkan visual checking dan pressure reading di acs inshaAllah kita orang boleh tolong