fbpx

WAK DOYOK DAN MASALAH AIRCOND KERETA FORD MUSTANG BELIAU

Salam sejahtera kami ucapkan kepada semua. Perkongsian kali ni kami nak cerita sikit tentang masalah aircond kereta Wak Doyok. Jemput baca kejap.

Sedia kita semua maklum, Wak Doyok adalah seorang ikon fesyen dan usahawan terkenal dan berjaya di negara kita Malaysia.

Atas usaha, kesungguhan dan kegigihan beliau menempuh segala ranjau onak duri, maka telah terbeli lah oleh beliau sebuah muscle car yang dikatakan gagah di jalanan. Model kereta yang special ni diimport dari luar negara. Mantap!

Tercapai impian kau ye wak. Tahniah kami ucapkan. Kereta idaman kalbu ramai jejaka-jejaka semalaya ni. Ford Mustang!

acs-car-service3

2 VERSI KELUARAN FORD MUSTANG

Untuk pengetahuan semua, Ford Mustang ni ada 2 versi keluaran.

Yang pertama adalah 2.3L ecoboost dan satu lagi dah tentu kepunyaan wak , Ford Mustang yang paling mantap, bernadikan enjin bapak besar, be”roadtax”kan bapak mahal, dan mempunyai bapak banyak piston sampai 8 piston pakai (berapa banyak bapak da) 5.0 liter V8 enjin NA.

Padu dan laju! Tekan sikit je dia punya pergi, marveles!

Ford Mustang V8 NA.

Dan sehingga hari ni, Ford Malaysia belum pernah membawa masuk lagi model terkenal depa iaitu Ford Mustang ni.

Ura-ura apa yang dikatakan oleh depa dekat website Ford Malaysia, depa kata tahun 2019 ni depa nak bawak masuk Ford Mustang model terbaru 2019.

Boleh usha-usha tengok dekat website depa tu. Lebih muscle, lebih padu! Lebih laju! Mantap!

acs-car-service-990
Brake caliper Brembo untuk cengkaman yang padu.

COOLING COIL FORD MUSTANG WAK DOYOK BOCOR

Macam mana cooling coil keta Ford Mustang ni boleh bocor sedangkan keta ni masih baru lagi? Oh, agak sukar untuk kami katakan punca sebenar yang menyebabkan masalah ni berlaku.

Ford Mustang kepunyaan wak ni keluaran yang ke-6 (6th-generation) iaitu dari tahun 2015 hingga kini. Kan, baru tahun ke-4, dah ada masalah cooling coil bocor. Agak pelik dan musykil jugak kalau nak fikirkan lama-lama.

Tapi untuk mudah cara, kami beranggapan bahawa, besar kemungkinan yang menyebabkan cooling coil mustang ni bocor dengan super cepat tak sampai 5 tahun dah bocor adalah kegagalan material yang digunakan untuk membuat cooling coil tersebut.

acs-car-service-76
Dashboard terpaksa dibuka untuk keluarkan cooling coil.

Sebab yang kedua pulak sifat minyak compressor tu sendiri untuk sistem gas baru ni R1234yf, agak sensitif dan mudah berubah sifat ke arah asidic menghakis.

Ditambah pula dengan berada dalam tekanan yang sangat tinggi, cooling coil Ford Mustang telah kalah dan terpaksa mengalami masalah ni.

Dah banyak Ford Mustang 6th generation ni ada masalah cooling coil bocor tau. Wak salah satu yang menjadi mangsa keadaan. Aduhhhh..

acs-car-service-91
Mesin khas yang diimport dari negara Italy.

MINYAK COMPRESSOR UNTUK GAS BARU R1234YF

Walaupun minyak compressor tersebut berspesifikasi yang sama,(PAG 46) yang membezakan antara kedua-dua minyak compressor ni adalah terdapat bahan istimewa diletakkan dan diblend ke dalam minyak compressornya untuk disesuaikan dengan gas baru R1234yf.

Minyak compressor aircond yang lama dan bertahun tak ditukar ni akan berubah sifat menjadi asidic yang menghakis. Boleh baca perkongsian kami tentang kepentingan minyak compressor sebelum ni dekat sini.

R1234yf-compressor-oil
Minyak compressor untuk sistem R1234yf.

HARGA GAS R1234YF

“Cooling coil keta mustang aku bocor, adusss..Nak topup gas, mau beriban habis ni.. R1234yf gas mahal gila! Lepas topup gas, masalah bukan selesai pun, sebab masalah bocor masih ada ..” merungut Wak Doyok. 

Yes, untuk pengetahuan semua, gas R1234yf ni memang bapak mahal. Satu tong 4kg je dah makan modal RM 5,000 ~ RM 7,000. Boleh meninggal! 

R1234yf dah mula diwajibkan di negara-negara Europe pada tahun 2015. Jadi setiap kereta baru yang dibuat dan dijual di sana, perlu pakai gas ni.

R1234yg-new-gas2
Super mahal!

Sebabnya adalah kelebihan gas ni lebih enviroment friendly. Sangat tidak berbahaya kepada lapisan ozon dan alam sekitar. Masyarakat dekat sana nak membawa dunia ke arah lebih bersih dan kurangkan pencemaran.

Banyak sebenarnya peraturan-peraturan yang ketat dia orang tetapkan dekat sana. Boleh baca sikit pasal peraturan pakai gas baru untuk negara Europe tu dekat sini.

Dekat negara kita pulak, gas ni belum ramai yang tau dan peraturan ni tak diwajibkan lagi. Oleh kerana tak wajib lagi, supplier-supplier dekat sini tak simpan stok atas sebab permintaan kurang. Jadi dia orang amik kesempatan lah untuk buat keuntungan lebih.

R1234yf-new-gas
Tong gas R1234yf.

PENYELESAIAN MASALAH INI

Tak ada pilihan lain untuk selesaikan masalah cooling coil bocor mustang Wak Doyok ni melainkan menukar cooling coil yang baru.

Nak welding, peratusan ketahanan tak tinggi. Belum sempat pakai sebulan dah bocor balik, tak ke pisang tu? Dengan harga gas super mahal.

Terpaksalah tukar cooling coil yang baru dan topup gas guna gas yang sama, R1234yf.

Enjin bernadikan 5 liter V8 naturally aspirated.

BOLEH KE GUNA GAS R134a MASUK KE DALAM SISTEM GAS BARU R1234YF ?

Kekurangan guna gas R134a ke dalam sistem R1234yf boleh merosakkan seluruh sistem. Komponen telah dibuat untuk sistem R1234yf ni dah disesuaikan dengan gas baru. Minyak compressor pun guna yang baru, dah tentu akan tinggalkan kesan buruk jika downgrade guna gas R134a.

Sama macam sistem R134a, kalau masukkan gas lama R12, boleh rosak teruk aircond tau.

Untuk mereka yang belum kenal dengan pasti komponen-komponen utama dalam sistem aircond kereta, boleh luangkan masa untuk baca dekat link ni. Kami ada kongsikan info lebih lanjut tentang komponen aircond kereta di sana.

Proses dashboard dibuka untuk keluarkan cooling coil.

NASIHAT KAMI

Tak kira sama ada kita guna sistem aircond lama ke, atau yang baru ke, tetap kena jaga servis untuk tukar minyak compressor.

Komponen yang paling penting iaitu compressor perlukan lubricant atau pelincir yang baik untuk bekerja dengan efisyen setiap masa.

Buat servis ni secara berkala dan berjadual, setiap 30,000 KM atau setahun sekali. Ada perkongsian  entang servis flushing untuk tukar minyak compressor ni dekat sini. 

Mesin khas untuk sistem aircond R1234yf.

Sekian, cerita pendek dari kami tentang mustang Wak Doyok. Jika ada sebarang masalah aircond kereta, yang pertama, boleh buat appointment dekat sini.

Yang kedua, boleh terus call ACS, 0192211840. Atau yang ketiga, boleh terus datang walk in untuk check masalah aircond kereta. InshaAllah kami boleh tolong setelkan masalah aircond tu.

Sekian, terima kasih.

acs-car-service-89
Machine flushing automatik untuk tukar minyak compressor.

TONTON VIDEO KAMI

ENGINE OIL FILTER

KEPENTINGAN OIL FILTER Semua sedia maklum tentang 99.9% enjin kereta yang ada sekarang ni, perlukan dua benda yang sangat penting untuk enjin tu berfungsi dengan

Read More »

SERVIS KERETA HONDA

SERVIS KERETA HONDA Ini sikit info untuk korang yang minat model honda civic. Dan yang berkira-kira nak sambar satu. Sekarang ni Honda Civic dah sampai

Read More »