fbpx

AIRCOND SEJUK LAGI, KENAPA PERLU SERVIS?

Ramai yang tertanya-tanya, kenapa perlu buat servis untuk sistem aircond sedangkan aircond masih sejuk?

Minyak compressor sangat penting. Selain melincirkan, minyak ni jugak melindungi, membersih, menyerap haba, dan bertindak sebagai sealer dalam compressor. Kami ada kongsikan tentang kepentingan minyak compressor ni dekat sini.

Cuba bayangkan bila minyak yg dah hilang sifat-sifatnya. Boleh mengakibatkan kerosakan teruk tu.

acs-car-service-93
Tukar minyak compressor untuk kurangkan risiko kerosakan teruk.

Elakkan amalan menambah atau topup minyak compressor, ini boleh sebabkan masalah sistem tersumbat akibat minyak yang terlalu berlebihan.

Tips utk aircond kereta sentiasa sejuk dan tahan lama, tukar minyak compressor secara berkala.. Ini adalah sebab utama kena buat servis aircond walaupun masih sejuk.

Jom baca tentang kepentingan minyak compressor aircond kereta dekat sini.

repair-aircond-kereta-55
Jangan topup minyak compressor aircond. Akan memberi kesan buruk.

PARTS TERLIBAT YANG PERLU DITUKAR ATAU DI SERVIS.

Ya apakah perkara yang terlibat dalam servis sistem aircond kereta ni? Untuk pastikan sistem aircond kereta bekerja dengan efisyen, minyak compressor perlu lah ditukar baru. Tidak lupa juga filter drier yang ada. Info lanjut di sini .Kena tukar baru juga. Barulah mantap,smooth dan risiko kerosakan sistem aircond kereta dapat dikurangkan.

Penukaran minyak compressor perlu dipastikan benar-benar tukar, dan bukannya di topup. Amalan topup minyak compressor aircond ni sebenarnya tak elok sebab boleh bayangkan apa akan jadi bila minyak baru bercampur dengan minyak yang lama. Sudah tentu minyak baru tu akan jadi kotor.

servis-aircond-kereta-acs-11
Servis flushing tukar minyak compressor sedang dijalankan.

Jadi, sila ambil perhatian dan berhati-hati sewaktu servis aircond kereta dilakukan. Pastikan minyak compressor telah ditukar baru dan filter drier pun ditukar baru.

Oh ya, cabin filter pun sangat penting ya. Kalau terlalu kotor, angin blower susah nak lepas dan cabin filter yang kotor ni juga boleh menjejaskan kesihatan kita. Bacaan lanjut tentang cabin air filter aircond kereta

servis-aircond-kereta-acs-3
Perbezaan antara minyak compressor yang baru dan lama.

Rasanya kena tukar ke atau topup? Yang mana lebih baik? Ya semestinya tukar minyak compressor lebih baik.

Jadi, tukar minyak compressor ni macam mana proses dia? Pernah tukar minyak compressor aircond kereta tak? Bila waktu yang sepatutnya kita tukar minyak compressor aircond ni?

Nak tau lebih lanjut? Bacaan lanjut ada di sini.

servis-aircond-kereta
Lakukan pemeriksaan sebelum mulakan apa-apa kerja servis atau baik-pulih.

TESTIMONI

JADI DEKAT MANA ACS CAR SERVICE NI?

ACS Car Service – Pakar Aircond Kereta Anda! beroperasi di Taman Seri Rampai Setapak (HQ) dan Kajang (branch). Kami ada kongsikan maps ke acs dekat sini.

Waktu operasi kami adalah setiap hari Isnin hingga Sabtu, bermula 9 pagi hingga 6 petang. Dan setiap hari Ahad adalah hari cuti. (Pomen berehat charge power)

TONTON VIDEO KAMI

ENGINE OIL FILTER

KEPENTINGAN OIL FILTER Semua sedia maklum tentang 99.9% enjin kereta yang ada sekarang ni, perlukan dua benda yang sangat penting untuk enjin tu berfungsi dengan

Read More »

SERVIS KERETA HONDA

SERVIS KERETA HONDA Ini sikit info untuk korang yang minat model honda civic. Dan yang berkira-kira nak sambar satu. Sekarang ni Honda Civic dah sampai

Read More »

2 thoughts on “Aircond Masih Sejuk Kenapa Nak Servis?”

  1. Mohd Zaharin Bin Omar

    Baru-baru ni kereta nissan almera auto 1.5 air cond tak sejuk.Saya htr kedai air cond dan mekanik tu check ada rosak sikit dekat magnet coil di kompressornya.Lepas tu check cooling coil kotor dan bocor sikit.Dia pun tukar baru.Byk lagi dia ckp kena buat servis balik.Betul ke tu.

  2. Muhammad Azeem bin Sarip

    Berapa harga jumlah keseluruhan jika tukar ganti semua alat dan sistem berkaitan dengan penyaman udara untuk Proton Satria SE 1.5 (2004)? Kalau boleh biar rasa seperti kereta baharu keluar dari bilik pameran.

Comments are closed.