fbpx

FILTER DRIER @ RECEIVER DRIER

Kali ni kami nak kongsikan kepada anda cerita tentang komponen sistem aircond kereta iaitu filter drier atau nama lain nya receiver drier dan fungsi utama filter drier tersebut.Teruskan membaca.

filter-drier-acs
Bahagian dalaman filter drier terdapat dessicant.

FUNGSI FILTER DRIER

Kalau kita translate ke nama melayunya ialah penapis kering.

Yeahh apa yang penting filter drier ni tuan-puan? Ok macam ni, bayangkan yang compressor aircond ni seperti enjin kereta. Di dalam enjin kereta kan ada minyak pelincir. Dan, pada setiap enjin mesti ada satu komponen yang bekerja sebagai penapis kotoran. Komponen ini di panggil oil filter. Jadi filter drier ni pun fungsinya lebih kurang macam oil filter juga, iaitu menapis kotoran, habuk halus besi hasil geseran, dan juga menapis lembapan dalam sistem aircond kereta.

servis-aircond-kereta-acs123
Filter drier terdapat di dalam pelbagai bentuk.

Boleh dikatakan 90% orang dalam masyarakat kita ni masih tak tahu dalam filter drier ni ada bahan yang namanya “DESICCANT

Desiccant ni juga berfungsi memerangkap lembapan dan kotoran dalam sistem aircond kereta.

Sebelum ni ACS pernah share pasal kenapa kita kena servis aircond walaupunn masih sejuk. Apa kepentingan servis aircond ni. Untuk pengetahuan kita semua, filter drier diharuskan tukar baru bila servis aircond dilakukan. Jemput baca lanjut tentang servis ni dekat sini ye.

filter-drier-acs-3
Desiccant

KENAPA ADA KOTORAN DALAM SISTEM AIRCOND?

Di dalam sistem aircond kereta akan terhasil habuk dan kotoran halus bila dah lama kita gunakan aircond. Dan kotoran ni adalah hasil daripada geseran komponen dalaman compressor aircond kereta.

Jadi kotoran dan habuk halus ni akan ikut berpusing ke seluruh sistem. Maka untuk menapis kotoran ni, filter drier telah diletakkan di sebelah condenser atau selepas condenser.

Habiskan baca bab ni, nanti boleh sambung baca pasal komponen utama dalam sistem aircond kereta dekat sini.

filter-drier3
Dessicant berfungsi memerangkap lembapan dan kotoran halus dalam sistem aircond.

APAKAH YANG AKAN BERLAKU JIKA ADA LEMBAPAN @ MOISTURE DALAM SISTEM AIRCOND?

Ok tak ramai tau tentang hal ni. Perasan tak, ada sesetengah bengkel akan lakukan proses vacuum sebelum masukkan gas aircond. Dan ada juga sesetengah bengkel tu langsung tak ada buat proses vacuum dan terus masukkan gas je. 

Moisture @ lembapan ni sangat tak bagus dalam sistem aircond kereta sebenarnya.

Sebabnya benda ni akan bertindak balas dengan gas dan minyak compressor lalu menyebabkan minyak compressor bertukar sifat menjadi acidic iaitu asid yang menghakis.

filter-drier-acs-8
Elakkan masalah fliter drier tersumbat, boleh mengakibatkan kerosakan sistem aircond.

Jadi fungsi utama minyak compressor akan hilang bila minyak compressor ni menjadi acidic.BACA DISINI TENTANG KEPENTINGAN MINYAK COMPRESSOR AIRCOND

Dah tentu juga banyak aircond parts akan mengalami masalah bocor gas dan risiko compressor aircond rosak pun sangat tinggi. Ye lah minyak dan jadi asid kan.

Kongsikan artikel ini supaya kawan-kawan anda tahu tentang tips dan kepentingan menjaga sistem aircond kereta. Terima kasih!

TONTON VIDEO KAMI

4 Cawangan ACS Car Service

4 CAWANGAN ACS CAR SERVICE Alhamdulillah 2 cawangan baru kami baru dibuka dan beroperasi sepenuhnya pada awal tahun 2020 ini. Menjadikan jumlah 4 cawangan ACS.

Read More »

6 thoughts on “FILTER DRIER / RECEIVER DRIER”

  1. Kalau filter/drier ini rosak, boleh ganti unit ini sahaja atau kena tukar condenser sekali?
    Sebab condenser datagn dengan filter/drier sekali kan?

    1. ada filter drier yang luar dari condenser..kebanyakkannya model-model kereta lama macam saga, iswara, kancil, honda eg dan sebagainya.. model-model kereta baru filter drier ni banyak diletakkan bersama condenser.. keta model ape ye tuan Fahmi?

    2. Assalam mualaikum
      Nama sya khalid
      Sy nak tanya bacaan pressure gas bg semua kereta brapa ye.. Ada bengkel kata gas penuh 40 psi.
      Klu van ekonovan atau toyota hiace brapa ye

  2. Kereta saya axia model gear up. Masalah ialah bila ber jalan hampir sejam air cond jadi kurang cuma angin. Tutup enjin setengah jam ok balik Dan ulang balik kurang sejuk bila berjalan. Kalau hidupkan enjin sehari suntuk tetap sejuk selagi tayar take golek.
    Magnetic clucth dah tuka
    Cooling coil dah tukar
    Water pump Dalam proses

    1. besar kemungkinan ada masalah cooling coil membeku
      di sebabkan thermistor dekat cooling coil tu rosak
      dia tak hantar signal cut ke compressor

      jemput singgah ke acs utk free checking masalah aircond kereta anda.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *