7 KOMPONEN UTAMA DALAM SISTEM AIRCOND KERETA
Semua pemilik kereta wajib ambil tahu. Tak dapat banyak tak apa, dapat sikit pun jadi lah. Ok jom kita mulakan cerita.
Untuk pengetahuan semua dalam sistem aircond kereta ni terdiri daripada 7 komponen utama. Dan komponen ni ada service schedule yang perlu dilakukan bila dah sampai masanya. Sebelum ni kami ada kongsikan tentang service schedule sistem aircond kereta. Nanti boleh baca di sini.
NAMA KOMPONEN
1. Compressor
2. Condenser
3. Condenser Fan
4. Expansion Valve
5. Cooling coil @ Evaporator
6. Blower Fan
7. Hoses & Pipes
COMPRESSOR
Komponen yang pertama. COMPRESSOR. Nama melayu dia pemampat. Bekerja dengan menggunakan belt untuk mendapatkan daya pusingan dari enjin.
Terdapat beberapa jenis compressor. Antaranya rotary dan piston. Ada yang jenis guna magnet. Ada juga yang tak guna magnet, guna control valve. Dekat sini yang penting untuk kita semua tau, bagaiman rupa compressor ni dan tugasnya.
Compressor ni bertugas memampatkan gas supaya tekanan dan suhu gas tu menjadi sangat tinggi dan bila suhu dan tekanan telah tinggi, gas tadi dapat bertukar menjadi cecair di condenser. Waktu ni berlakunya proses yang dipanggil kondensasi. Nanti dah habis baca, boleh baca yang ni pulak, apa yang perlu check dulu sebelum proceed tukar compressor.
CONDENSER
Komponen yang kedua pula, CONDENSER ataupun nama lain yang tak berapa lain pun, KONDENSER. Ok untuk pengetahuan semua, di sini lah proses kondensasi berlaku.
CONDENSATION @ KONDENSASI
Kondensasi atau nama sains melayu dia, pengeluwapan. Pengeluwapan ni berlaku bila suhu udara panas meningkat kemudian menyejukkan secara drastik, suhu udara panas tadi tu pun akan turun secara drastik.
Dan situasi ni membuatkan udara tu hilang keupayaan untuk memegang wap air. Jadi, wap air yang berlebihan yang tak dapat dipegang tu akan bertukar jadi cecair.
Ala yang macam botol sejuk tu, bila korang letak dekat luar kan botol tu akan berpeluh. Proses ni lah yang di panggil kondensasi. Ok cer baca lagi sekali. Mana tau kali kedua baca boleh faham. Alhamdulillah..
Dekat dengan condenser ni biasanya terdapat filter drier. Sama ada attach bersama condenser ataupun berada selepas condenser. Baca tentang filter drier dekat sini.
CONDENSER FAN
Macam gambar dekat atas ni, tugas dia membantu menurunkan suhu dekat condenser tadi. Kalau tak da condenser fan ni, suhu gas tak dapat turun, jadi gas tak dapat bertukar jadi cecair. Tak lengkap proses kondensasi.
Kalau aircond kereta kita tak sejuk, benda paling mudah untuk check adalah pusingan condenser fan ni. Kalau tak pusing langsung, of course aircond keta tak akan sejuk. Perlu check fuse dia, relay dan motor dekat fan tu.
Lebih mudah, boleh datang terus ke acs untuk free checking masalah aircond kereta.
EXPANSION VALVE
Komponen yang seterusnya, EXPANSION VALVE. Ingat tak cerita kondensasi dekat atas tadi? Kan dekat condenser gas dah bertukar jadi cecair kan. So, dekat sini, untuk dapatkan kesejukkan, cecair tadi kena bertukar jadi gas semula.
Proses ni dipanggil evaporate (penyejatan). Tugas utama expansion valve ni adalah untuk turunkan tekanan dalam sistem aircond.
EVAPORATE @ PENYEJATAN
Kondensasi yang berlaku masa mula-mula tu, bukan setakat suhu je yang meningkat, tekanan pun meningkat tinggi. Ingat tak? Ini adalah sangat penting kerana dekat cooling coil nanti perlu berlakunya proses evaporate untuk menghasilkan kesejukkan.
Bila cecair refrigerant sampai ke cooling coil, tekanannya telah dikurangkan, kandungan habanya akan turut sama berkurang (dengan bantuan expansion valve) dan menjadikannya lebih sejuk daripada angin dari kipas blower fan.Waktu ni refrigerant menyerap haba dari udara panas dan mencapai titik mendidih yang rendah dengan cepat dan kemudian menguap (menyejat), menyerap jumlah haba maksimum.
Haba ini kemudiannya dibawa oleh refrigerant dari cooling coil sebagai gas tekanan rendah melalui hos ke compressor, di mana kitaran penyejukan keseluruhan diulang-ulang selagi aircond kereta dihidupkan.
Bila kita on aircond kan kita nak udara yang sejuk, betul? Jadi untuk sejukkan seluruh ruang dalam keta tu memerlukan jumlah besar udara. Dekat sini lah tugas blower fan. Angin dari blower ni akan masuk ke arah cooling coil, dan kita akan rasa angin yang keluar dari cooling coil tu sejuk. Sebelum masuk cooling coil,angin ni biasa je, lepas masuk cooling coil, angin jadi sejuk. Nyaman dan mantap!
COMPRESSOR (suhu dan tekanan tinggi) > CONDENSER (kondensasi berlaku dengan bantuan condenser fan) > EXPANSION VALVE (tekanan diturunkan) > COOLING COIL (refrigerant “teruap” dengan bantuan blower fan) > Berulang semula di compressor, proses yang sama dan terus menerus.
COOLING COIL
COOLING COIL ataupun evaporator. Di sini berlakunya proses macam cerita dekat atas tadi, cecair refrigerant berubah menjadi gas semula.
Eh lupa pulak nak inform, ACS ada jugak cerita pasal sebab apa kita kena servis aircond walaupun aircond still sejuk. Baca kejap dekat sini
LOKASI ACS DEKAT MANA??
BLOWER FAN
Blower fan ni kalau rosak (tak berpusing), cooling coil kereta boleh beku. Bila cooling coil beku, refrigerant R134a tu tak dapat masuk pusing balik pergi ke compressor. Jadi, proses dan operasi sistem aircond akan terganggu. Mengakibatkan aircond kereta tak sejuk.
HOSES & PIPES
Sistem aircond kereta ni sentiasa berada dalam keadaan tertutup ataupun dipanggil closed loop system. Tak boleh ada langsung unsur udara luar di dalam laluan refrigerant. Dari compressor, condenser, expansion valve, cooling coil dan patah balik semula ke compressor, adalah refrigerant R134a seratus peratus, 100%.
Hose dan pipe inilah yang menjadi penyambung di antara komponen-komponen aircond kereta. Nama-namanya adalah discharge hose, suction hose, dan liquid pipe.
Sekian saja perkongsian kami untuk kali ni. Nak tau cerita pasal masalah kereta mustang Wak Doyok, boleh baca kejap cerita tu dekat sini.
TONTON VIDEO ACS!
KEDAI AIRCOND KERETA SHAH ALAM
AIRCOND KERETA ROSAK PULAK DEKAT SHAH ALAM TAK SEJUK KENA CHECK DULU Ada la satu hari tu tahun lepas, akhir tahun kot tak silap aku..
ENGINE OIL FILTER
KEPENTINGAN OIL FILTER Semua sedia maklum tentang 99.9% enjin kereta yang ada sekarang ni, perlukan dua benda yang sangat penting untuk enjin tu berfungsi dengan
SERVIS KERETA HONDA
SERVIS KERETA HONDA Ini sikit info untuk korang yang minat model honda civic. Dan yang berkira-kira nak sambar satu. Sekarang ni Honda Civic dah sampai
KEDAI AIRCOND KERETA JOHOR BAHRU
KEDAI AIRCOND KERETA JOHOR BAHRU tonton video cikman ni AIRCOND PROBLEM HATI SERABUT Ada satu hari ni aircond kereta buat hal pulak. Tengah outstation rosak
BILA PERLU SERVIS AIRCOND KERETA?
BILA PERLU SERVIS AIRCOND KERETA? Soalan ni ramai yang bertanya, dan ramai juga masih tak tau bila sebenarnya masa untuk kita servis aircond kereta kita
KEDAI AIRCOND KERETA AMPANG PANDAN INDAH
KEDAI AIRCOND KERETA AMPANG PANDAN INDAH Hari ni macam biasa kami bukak kedai. Ada seorang abang ni datang singgah kedai aircond kereta acs cawangan pandan
Selamat pagi..ekon akn kurang sejuk bila kereta berenti di traffic light..adakah valve penyejuk problem..sb dh test parameter bacaan metergas yg warna biru bacaan pada 60..makna sejuk kurang…sekian terima kaseh
hai bossku 😀
ikut reading tersebut tekanan low pressure side tak cukup dan terlalu tinggi
seharusnya reading biru low pressure side berada di antara 25~35 psi
pijak pedal minyak dan dapatkan bacaan
jika bacaan menurun, besar kemungkinan compressor dah loose compression
Jadi compressor lose pressure Tu tak kaitan dengan valve?
ada kaitan jugak sebenarnya
expansion valve yg dah rosak boleh menyebabkan aircond tak sejuk sebab tugasnya sepatutnya rendahkan pressure supaya refrigerant dapat bertukar dari liquid ke gas
Boss nk tnye kenapa stay x sjuk walaupun sya da tambah 2kipas pda condenser,, and then compressor lambat cut off bila speed blower sya tambah ke no 2 harap tuan bole bantu terima kasih
besar kemungkinan pressure sistem tak cun
dapatkan reading pressure dulu untuk confirmkan masalah sebenar
https://www.acscarservice.com/sistem-aircond-kereta/
rujuk pada artikel ni
Aircond asyik rosak dan tak sejuk. Cooling coil ke penyebab nya? Berapa ya kos nya. Mcm mana nak elak daripada kena tipu oleh mekanik ni.. Dalam dua minggu ni, dah hntr 3-4 kali ke kedai yg sama. Erm, geram nya.Terima kasih.
boleh singgah kejap ke acs utk free checking ?
https://www.acscarservice.com/punca-dan-masalah-aircond-kereta-anda-tak-sejuk/
ada cerita lanjut tentang pelbagai masalah aircond kereta di link atas ni
Boss nak tanya,, aircond kereta saya bila drive long distance, atau drive lame atas jalan raya aircond mcm tersumbat. bunyi angin kat dalam kuat.. tapi xberapa sejuk ape masalah ye..
symptom seperti cooling coil membeku tu
bila cooling coil beku, angin blower tak lepas
jemput singgah ke acs utk periksa lanjut
https://www.acscarservice.com/4-cawangan-acs-car-service/
bos nak tumpang tnya.. kalau condenser kotor.. adakah boleh berlaku masalah air cond tak sejuk mohon pencerahan
kalau condenser kotor, proses kondensasi berlaku tidak cemerlang
seeloknya dapatkan reading pressure sistem dulu dan nanti boleh tau apakah masalah sebenar yang sedang berlaku
rujuk artikel ini
https://www.acscarservice.com/sistem-aircond-kereta/
dan
https://www.acscarservice.com/cara-ringkas-check-masalah-aircond-kereta/
Hello bossku.. nak tanya saya pakai wira 1.5 apabila saya hidupkan aircond, suhu enjin menaik.. bole bantu bagitau kemungkinannya
hello bossku
check kipas condenser dan kipas radiator pusing atau tidak?
check kondisi radiator, berkarat?
kondisi thermostat juga boleh check sekali
jemput singgah ke acs utk free checking
Boss
Kalau kete sejuk time malam ..bile panas aircond xsjuk…knape ye?
byk punca yang sebabkan situasi ni berlaku
antaranya gas kurang disebabkan ada bocor,
compression dah tak kuat,
kipas condenser slow,
sistem tersumbat dan macam macam lagi
dapatkan pemeriksaan segera sebelum kerosakan bertambah teruk
jemput singgah ke acs utk free checking masalah aircond kereta
Salam tuan.. Kalau aircon xde angin lgsung ape plak masalah? Tp klau kete jalan, terasa aircond sejuk.. Fius prob ke?
salam tuan
kalau angin tak keluar langsung boleh check fuse, relay, switch dan blower fan motor
jemput singgah ke acs utk free checking
setiap berapa km compressor aircond kancil 660 kene tukar minyak dia? kenapa aircond kancil saya tk sejuk pada waktu panas dn sgt sejuk pada waktu mlm/hujan?
masalah aircond tak sejuk ni ada banyak
boleh tinjau2 artikel kami yang lain
sistem aircond kereta disarankan untuk buat servis tukar minyak compressor secara berkala setiap 30,000km ataupun setahun sekali
selesaikan masalah yang ada dulu, dan lepas tu baru boleh buat servis
dijemput singgah ke acs untuk free checking masalah aircond ni
Tuan..kalau mula ON aircond.. blower fan berfungsi mcm biasa xpi berbunyi sedikit.. selepas off dan cuba ON balik terus xda angin aircond & didapati paip aircond membeku.. yg tuh adakah disebabkan kerosakan pada Blower Fan / Blower Resistor / Cooling Coil & sebagainya? Mohon pencerahan.. Tq.
salam tuan
kalau blower fan tak pusing waktu on aircond, akan sebabkan cooling coil membeku
untuk masalah blower fan tak pusing ni kena check switch, resistor dan motor fan
jemput singgah ke acs utk free checking
Waalaikumussalam tuan, Tq atas perkongsian. Masalah berjaya diselesaikan dengan menukar resistor. Maaf sbb xdpt nak hantar servis di tempat tuan sebab saya berada di utara tanah air. Apa pun saya doakan perniagaan tuan bertambah maju berkat dengan usaha dan kejujuran.. InsyaAllah… Saya bagi 5Bintang!
Hello bos.. aircond dan angin takde. Kereta jd mcmni lps adik matikan enjin tnpa menutup aircond terlebih dahulu.. dan ada juga kedengaran bunyi meletup semasa matikan enjin tu. Apa masalah ye bos ?
salam bossku
besar kemungkinan ada masalah dekat blower fan motor tu
jemput singgah ke acs utk free checking
Bossku…izin bertanya..kete wira sy on aircond compressor tk jln…kipas,blower semua jln ok..dan sy cuba bypass compressor relay atas bantuan kwn compressor berjln dan aircond pun sejuk..tapi rsenye mcm tkde cut off…mcm direct je jln..apa mslhnye boss..? Pening bru tukar compressor sebulan je..
jangan bypass relay
nnt boleh ada masalah short circuit
rujuk artikel kami yang ni untuk check perkara lain
https://www.acscarservice.com/ada-6-benda-boleh-check-kalau-tiba-tiba-aircond-tak-sejuk/
Salam tuan.
Aircond bila on bahagian dalam kereta xsejuk. Bila check bawah hood, piping dan expansion valve membeku. Agak2 apa masalahnye?
salam
kena check condition expansion valve dan sensor thermistor dekat cooling coil
jemput singgah ke acs utk free checking masalah aircond
Bos nak tanya hose aircond sejuk Dan panas kan.. Tapi hose kereta viva saya sejuk dua2 hose tu, Dan menyebab kan aircond takes sejuk.. Apa masalah tu bos?
ada masalah di bahagian high pressure side tu
jemput singgah ke acs untuk pemeriksaan percuma
Salam dan selamat sejahtera,
Apa punca kalau kita berhenti aircond kereta tidak sejuk tetapi kalau bergerak memang sejuk sesangat. Saya menggunakan kereta Bezza 1.3 dan compressor pernah tukar magnetic.
Myvi tahun 2016…dah tukar cooling koil,dah top up gas…dah buat macamx2…tapi aircond masih Tak sejuk… pagix2 Dan malam kipas sampai 3 baru rasa sikit sejuk…
Boleh tahu Tak masala apa boss ..
Kena check balik tu
Kuantiti gas macam mana?
Reading pressure cantik tak?
Boleh datang ke acs untuk pemeriksaan percuma masalah aircond kereta
Dalam boss ku nak tanya hi pressure tak nak turun apa masalah
salam
besar kemungkinan tersumbat di condenser atau expansion valve ada masalah stuck closed
jemput singgah ke acs untuk pemeriksaan percuma masalah aircond kereta\
kalau on air cond ade bau busuk & bau habuk, ape masalah tu?
Besar kemungkinan cooling coil terlalu kotor dan cooling coil tersebut kotor berlendir
Jemput singgah ke acs untuk pemeriksaan percuma masalah aircond kereta