3 PERBEZAAN SISTEM AIRCOND MYVI OLD MODEL DAN MYVI LAGI BEST
1. COMPRESSOR UPGRADE
Perbezaan pertama yang ketara adalah compressor myvi lagi best lebih besar dan panjang sikit.
Compressor masil kekal jenama Denso, tetapi ia adalah lebih kuat dan berkesan disebabkan naik taraf ni dapat menampung load tekanan dan panas semasa bekerja memampatkan gas.
Compressor myvi lagi best adalah dari jenis piston type, berbeza dengan myvi old model yang menggunakan compressor jenis rotary type. Piston type adalah lebih lasak, kuat, dan padu!
Compressor myvi lagi best boleh digunakan pada myvi model myvi yang lama. Plug and play.
Oh ya, kalau sedang alami masalah bunyik kuat masa on aircond boleh baca kejap dekat sini. Segera buat pemeriksaan supaya masalah bunyik tu tak bertambah teruk.
2. CONDENSER SPAN UPGRADE
Perbezan yang kedua pula kita dapat lihat span condenser di naik taraf pakai plastic. Dahulunya pakai span ,terlalu mudah mereput dan boleh tertanggal disebabkan hanya menggunakan gam sebagai pelekat di condenser.
Tetapi kini selepas menggunakan plastik sebagai cover, ianya tak mudah nak luruh atau rosak kecuali accident, maka ia akan pecah.
Jadi kepanasan dari exhaust kurang masuk dan lalu ke condenser sewaktu berhenti atau redah jem , cover plastik untuk condenser ini dapat maintain pressure dengan hensem dan cemerlang.
Dekat condenser ni jugak ada filter yang penting di letakkan bersama. Cerita tentang filter drier kami kongsikan dekat sini.
Oh ya cover plastik ni tidak ada keluar untuk myvi model lama. Anda perlu gantikan span yang baru jika span yang ada sudah luruh tertanggal.
3. CONDENSER UPGRADE
Perbezan yang terakhir, laluan untuk proses kondensasi berlaku berbeza. Condenser myvi lagi best mempunyai laluan yang lebih banyak berbanding dengan model myvi yang lama.
Dekat condenser yang baru ni, proses gas R134a bertukar kepada cecair lebih efisyen. Jadi hasilnya mantap bossku!
Untuk tahu lebih lanjut tentang kondensasi dalam sistem aircond, kami ada kongsikan cerita tu dekat sini.
Tapi apa pun, untuk kekalkan performance dan kesejukkan aircond kereta, servis untuk sistem aircond dan tukar minyak compressor secara berkala perlulah di ambil berat.
Servis penukaran minyak compressor ni menggunakan mesin aircond khas ( flushing )
Servis ini dilakukan secara berkala, pada setiap kali mencapai 30,000km perjalanan ataupun setahun sekali.
Info lanjut tentang manfaat dan bagaimana servis flushing ni berlaku ada di sini.
Condenser jenis seperti myvi lagi best boleh digunakan pada myvi model lama.
LOKASI ACS DEKAT MANA??
TONTON VIDEO ACS!
BENGKEL AIRCOND KERETA SHAH ALAM – JANGAN TUKAR COMPRESSOR SEBELUM CHECK BENDA INI
BENGKEL AIRCOND KERETA SHAH ALAM – JANGAN TUKAR COMPRESSOR SEBELUM CHECK BENDA INI Kalau anda sedang mencari bengkel aircond kereta Shah Alam atau bengkel aircond
Bengkel Aircond Kereta Melaka
Bengkel Aircond Kereta Melaka – Aircond Tak Sejuk? Ini Punca Sebenar Bila aircond kereta tiba-tiba tak sejuk, ramai orang Melaka akan terus fikir “gas habis,
KEDAI AIRCOND KERETA SHAH ALAM
AIRCOND KERETA ROSAK PULAK DEKAT SHAH ALAM TAK SEJUK KENA CHECK DULU Ada la satu hari tu tahun lepas, akhir tahun kot tak silap aku..
ENGINE OIL FILTER
KEPENTINGAN OIL FILTER Semua sedia maklum tentang 99.9% enjin kereta yang ada sekarang ni, perlukan dua benda yang sangat penting untuk enjin tu berfungsi dengan
SERVIS KERETA HONDA
SERVIS KERETA HONDA Ini sikit info untuk korang yang minat model honda civic. Dan yang berkira-kira nak sambar satu. Sekarang ni Honda Civic dah sampai
KEDAI AIRCOND KERETA JOHOR BAHRU
KEDAI AIRCOND KERETA JOHOR BAHRU tonton video cikman ni AIRCOND PROBLEM HATI SERABUT Ada satu hari ni aircond kereta buat hal pulak. Tengah outstation rosak
boleh tak kereta alza guna compresor bezza 1.3,akan jd masalah tak?
alza gunna balik compressor alza
compressor alza sejuk dan terbaik
Salam bg.. confirm ke Myvi lagi best punya compressor boleh masuk kat Myvi 1.3 (A) tahun 2010?
salam
ya boleh
compressor myvi lagi best boleh masuk ke myvi model yang lama
Apa beza cooling coil Myvi lama dengan Passo?
Tak ada beza
Asalamualaikum
Saya mengalami masalah aircond Myvi convert Passo, dimana receiver drier sudah tukar, cooling coil apM, condenser besar Passo (2nd), dan compressor Alza. Saya dapati apabila saya adjust resistor control pada kedudukan separuh pada waktu siang, compressor boleh cut. Jika saya adjust lebih dari tu compressor takde cut. Thermister dan resistor control sudah tukar baru. Kebocoran sudah tiada. Discharge hose sudah tukar disebabkan bocor.
Boleh bagi pendapat tuan untuk masalah saya ?
Beribu-ribu terima kasih.
Jika Saya Ingin Upgrade
MYVI lama bertukar ke MYVI lagi best.. Komponen apa yang perlu ditukar.?
Apa beza expantion valve myvi lagi best model 447500-2370 dengan
447500-9220..tq