fbpx

ASAL TAK SEJUK JE, TOPUP GAS..BETUL KE TU?

Perasan tak, benda ni dah macam jadi budaya dan tradisi dalam masyarakat kita ni. Aircond asal tak sejuk je, topup gas. Tak sejuk je, mesti member sound suruh pergi topup gas. “Aduh kau ni, aircond dah tak sejuk, pergilah topup gas. Itu pun tak tahu ke??” Bengang je bila member sound macam tu.

Sebenarnya boleh sound member tu balik, “Apa kau ingat semua masalah aircond jadi sebab gas bocor ke??”

acs-car-service-hq
R134a refrigerant.

KENAPA KENA ADA GAS BARU SEJUK?

Untuk pengetahuan semua, dalam sistem aircond kereta memang memerlukan gas sebagai bahan penyejuk yang akan melengkapkan seluruh proses penyejukkan.

Daripada bersifat dan berbentuk gas, compressor akan hasilkan tekanan yang tinggi supaya gas tu dapat berubah menjadi cecair. Sampai di expansion valve, tekanan sistem dipaksa turun dan cecair mula berubah menjadi gas semula. Cerita lanjut boleh baca dekat sini.

Dekat sini lah hasil sejuk tu datang. Cooling coil menyejuk dengan bantuan angin dari blower. Boleh lena tidur dalam kereta bila aircond sejuk.

servis-aircond-kereta-acs-car-service
Kalau bukan masalah kebocoran gas, kita topup gas pun tak selesai masalah.

CARA UNTUK KENAL PASTI MASALAH BOCOR GAS

Ya betul tu, salah satu punca aircond kereta kita tak sejuk adalah disebabkan masalah gas bocor. Tapi adakah betul masalah tu berlaku? Boleh baca kejap dekat sini pasal punca-punca aircond tak sejuk.

Jika masalah bocor ni jadi, apa yang kita boleh buat adalah visual checking. Pada komponen aircond yang mengalami masalah bocor ni akan kelihatan basah berminyak dan berhabuk.

acs-car-service-94
Bahagian bocor biasanya ada kesan minyak dan habuk.

BERMINYAK DAN BERHABUK

Mana datangnya minyak dan habuk ni? Minyak compressor akan keluar sekali bersama-sama gas di kawasan yang bocor tersebut.

Jangan tak tahu, minyak compressor bukan sahaja duduk berada dalam compressor, minyak ni pun ikut pusing sekali bersama-sama dengan gas. Nak tau pasal kepentingan minyak compressor, habis baca sampai bawah, sambung baca kejap pasal minyak compressor dekat sini.

Habuk tu pulak bila dah kena kawasan bocor berminyak memang akan melekat la dekat situ.

acs-car-service-99
Nampak ada kesan-kesan minyak dan habuk?
Berbeza jika tiada masalah bocor gas. Kering dan bersih.

PENYELESAIAN MASALAH KEBOCORAN GAS

Masalah kobocoran gas ni tak boleh selesai dengan topup gas. Hari ni topup gas, esok dah habis semua keluar. Kan rugi tu?

Sebelum topup gas, check dan confirmkan dulu dekat mana gas tu bocor dan keluar. Kemudian gantikan komponen yang ada masalah bocor tadi. Selesai tukar, barulah boleh topup gas. 

acs-car-service-93
Compressor banyak rosak sebab tak jaga minyak.

Minyak compressor pun turut kurang jugak sebab dah keluar sekali dekat tempat bocor tadi. Compressor aircond kereta kita ni kalau bekerja dengan minyak yang kurang, kena siap sedialah pulak masalah compressor lepas ni.

Jadi seelok-eloknya buat lah servis tukar minyak compressor sekali jalan sebelum masukkan gas. Jom baca pasal servis flushing tukar minyak compressor pulak dekat sini.

Toyota Vellfire sedang buat servis flushing tukar minyak compressor.

TONTON VIDEO KAMI

ENGINE OIL FILTER

KEPENTINGAN OIL FILTER Semua sedia maklum tentang 99.9% enjin kereta yang ada sekarang ni, perlukan dua benda yang sangat penting untuk enjin tu berfungsi dengan

Read More »

SERVIS KERETA HONDA

SERVIS KERETA HONDA Ini sikit info untuk korang yang minat model honda civic. Dan yang berkira-kira nak sambar satu. Sekarang ni Honda Civic dah sampai

Read More »

5 thoughts on “ASAL TAK SEJUK JE, TOPUP GAS..BETUL KE TU?”

  1. Saya nak tanya sama tak atau blh tak kalau kita pakai hos aircond tuk rumah, kita pakai untuk cavum aircond kereta ..

  2. Sy baru topup je gas dlm 3 hari tu sejuk la econ lps tu hari ke 4 langsung tak sejuk rasa angin kipas je…adakah masalah kebocoran atau masalah lain..

Comments are closed.