Untuk pengetahuan kita bersama, di dalam compressor aircond tu terdapatnya minyak yang bertugas sebagai bahan pelincir. Minyak compressor ni sangat penting tetapi tak ramai yang tahu bahawa minyak compressor ni perlu ditukar bila dah tiba masanya.
Tapi kebanyakkan Myvi yang datang ke ACS terpaksa tukar keseluruhan komponen aircond disebabkan minyak compressor dah bertukar menjadi hitam legam.
Masalah ni berlaku disebabkan minyak dah hilang kuasa pelinciran disebabkan terlalu lama tempoh masa minyak compressor tu bekerja. Sepatutnya dan amat disarankan minyak compressor ditukar setiap 30,000 KM ataupun setahun sekali untuk mengurangkan risiko kerosakan teruk seperti masalah ni.
APA YANG BERLAKU PADA MINYAK COMPRESSOR TU?
Minyak compressor dah bercampur dengan habuk besi halus, hasil geseran kuat di dalam compressor akibat kegagalan minyak compressor yang sepatutnya berfungsi sebagai pelincir.
Bayangkan minyak yang dah bertahun tak ditukar, dah tentu minyak tu langsung hilang kuasa pelinciran.
APA YANG PERLU BUAT BILA MINYAK COMPRESSOR DAH HITAM?
Ada yang tukar compressor sahaja dan parts yang lain dicuci. Tapi cara ni memang tak akan tahan lama. Kurang dari seminggu compressor yang ditukar tadi minyaknya akan bertukar menjadi hitam semula.
Tiada cara yang lain yang lebih berkesan melainkan menukar keseluruhan aircond parts. Selepas masalah ni selesai, pastikan lakukan servis flsuhing untuk tukar minyak compressor secara berkala.
SERVIS FLUSHING DAPAT KURANGKAN RISIKO ROSAK TERUK BERLAKU
Sebelum minyak compressor aircond ni bertukar menjadi hitam ada baiknya kita buat servis flushing buang minyak compressor.
Minyak compressor yang kotor ni dibuang dengan menggunakan mesin aircond khas.
Memang dapat membantu kurangkan risiko kerosakan dalam sistem aircond kereta.
Kami ada kongsikan cerita tentang servis flushing ni dekat sini.
KEPENTINGAN OIL FILTER Semua sedia maklum tentang 99.9% enjin kereta yang ada sekarang ni, perlukan dua benda yang sangat penting untuk enjin tu berfungsi dengan
SERVIS KERETA HONDA Ini sikit info untuk korang yang minat model honda civic. Dan yang berkira-kira nak sambar satu. Sekarang ni Honda Civic dah sampai
KEDAI AIRCOND KERETA JOHOR BAHRU tonton video cikman ni AIRCOND PROBLEM HATI SERABUT Ada satu hari ni aircond kereta buat hal pulak. Tengah outstation rosak
BILA PERLU SERVIS AIRCOND KERETA? Soalan ni ramai yang bertanya, dan ramai juga masih tak tau bila sebenarnya masa untuk kita servis aircond kereta kita
KEDAI AIRCOND KERETA AMPANG PANDAN INDAH Hari ni macam biasa kami bukak kedai. Ada seorang abang ni datang singgah kedai aircond kereta acs cawangan pandan
salam,
agaknya berapa ye sukatan minyak compressor untuk myvi 1.3 ori compressor? sebab haritu flushing di kedai diisi hampir 100ml juga. takut rosak je system aircond
lepas hitam mok buat apa.. sambung2….
minyak compressor dah bercampur dengan habuk besi halus hasil daripada geseran komponen dalam compressor aircond
ni kes paling serius dalam masalah aircond kereta
terpaksa tukar keseluruhan parts utk sistem aircond
compressor
condenser
expansion valve
cooling coil
pressure switch
discharge hose
suction hose
liquid pipe
salam,
agaknya berapa ye sukatan minyak compressor untuk myvi 1.3 ori compressor? sebab haritu flushing di kedai diisi hampir 100ml juga. takut rosak je system aircond