MINYAK COMPRESSOR AIRCOND KERETA ANDA BERISIKO MENJADI ASID!
Sistem aircond ni sangat disarankan untuk buat servis dan tukar minyak compressor setiap 30,000 km atau setahun sekali. Sebab minyak compressor kalau terlalu lama tak tukar dia akan berasid dan kurang efisyen.
Macam minyak enjin jugak, kalau lama tak tukar, kan boleh jahanam enjin tu. Jadi, untuk elakkan minyak compressor bertukar sifat menjadi asid yang boleh merosakkan sistem aircond, perlu lakukan servis flushing untuk tukar minyak compressor.
Proses ni boleh dibuat secara manual dengan membuka compressor dan keluarkan minyak yang ada di dalamnya atau lebih mudah lagi hanya gunakan mesin automatik flushing sistem aircond. Bacaan lanjut di sini.
Boleh lihat pada gambar yang disertakan, cooling coil kereta jenis BMW E60 ni dah kotor,reput dan bocor sebab minyak compressor yang berasid dah menghakis cooling coil dari dalam. Expansion valve pun boleh lihat dah ada kesan hakisan dan berkarat.
Ada juga masalah yang berlaku, minyak compressor bersifat asid dah menghakis polystrene cooling coil. Polystrene tersebut cair terhakis dan keluar bau yang sangat busuk dan berbahaya. Angkara minyak compressor yang tidak ditukar bertahun lama hingga menjadi asig yang menghakis. Dasyat! Baca lagi di sini.
Boleh ke kalau nak tampal?
Boleh je kalau ikut fikiran kita memang akan jimat, tapi harus diingat, cooling coil tu dah terhakis dari dalam sehingga bocor dan risiko untuk bocor pada bahagian lain pun masih lagi tinggi.
Nanti bila dah siap pasang cooling coil selepas tampal, bahagian yang lain pada cooling coil tu pulak yang bocor. Terpaksa buka balik dashboard tu untuk keluarkan cooling coil. Leceh dan kos upah dah kali kedua.
Jadi, pendek kata, untuk mudah cara dan kos, tukarkan cooling coil baru dan pastikan buat servis flushing sekali untuk tukar minyak compressor juga.
Yang terbaik adalah tukar cooling coil baru dan mana-mana parts yang disyaki berisiko tinggi untuk juga harus diperiksa. Contohnya seperti gambar di atas, expansion valve yang telah berkarat harus ditukar baru untuk elakkan masalah di masa hadapan.
Tidak lupa juga untuk lakukan servis tukar minyak compressor dan penukaran filter drier untuk hasil yang lebih mantap dan padu!
KEPENTINGAN OIL FILTER Semua sedia maklum tentang 99.9% enjin kereta yang ada sekarang ni, perlukan dua benda yang sangat penting untuk enjin tu berfungsi dengan
SERVIS KERETA HONDA Ini sikit info untuk korang yang minat model honda civic. Dan yang berkira-kira nak sambar satu. Sekarang ni Honda Civic dah sampai
KEDAI AIRCOND KERETA JOHOR BAHRU tonton video cikman ni AIRCOND PROBLEM HATI SERABUT Ada satu hari ni aircond kereta buat hal pulak. Tengah outstation rosak
BILA PERLU SERVIS AIRCOND KERETA? Soalan ni ramai yang bertanya, dan ramai juga masih tak tau bila sebenarnya masa untuk kita servis aircond kereta kita
KEDAI AIRCOND KERETA AMPANG PANDAN INDAH Hari ni macam biasa kami bukak kedai. Ada seorang abang ni datang singgah kedai aircond kereta acs cawangan pandan