fbpx

Kenapa nak kena servis minyak engine on time?

Kita cerita sikit tentang enjin pula..asyik cerita aircond je..

Minyak enjin ni fungsi dia melincirkan pergerakan komponen dalaman engine dan menghalang berlakunya geseran dalam enjin.

Bila minyak dah expired atau dah lama tak tukar, kuasa pelincir pada minyak kurang power dan kurang keberkesanan.

Menyebabkan komponen dalam enjin akan mudah bergeser dan terasa kasar.

Kalau nak enjin tu sentiasa smooth dan lancar jee, kenalah rajin dan konsisten dalam menjaga servis.

Ikut selera dan bajet dalam poket masing-masing. Nak sedap dan jaga performance enjin boleh lah guna Fully Synthetic. Yang ni memang betul-betul anda akan terasa perbezaannya. Enjin rasa ringan dan power. Walaupun agak sedikit mahal berbanding semi synthetic atau minyak mineral tapi memang berbaloi dan setimpal manfaat yang anda akan dapat. Naik bukit memecut ringan je enjin kereta kita pergi. Syok!

Gerenti puas hati beb!


Ok, baru-baru ni ada Perodua Myvi Check-in untuk engine service dengan Mannol Special Plus sae 10w-30 dengan teknologi “Hydro Cracked Synthese”

Ramai yang masih tak tahu sebenarnya teknologi hydro cracked synthese ni. Kualiti group minyak HC ( hydrocrack ) ni menghampiri kualiti minyak enjin fully synthetic.

Dihasilkan dengan melakukan proses “distillation” ( penyulingan ) yang berbeza dari kebiasaan. Lebih tekanan dan padu maka terhasil lah satu base oil yang PURE 99.9%. Bila di blend dengan additive, fuh! Minyak sangat stabil seperti minyak enjin fully synthetic.

Kualiti fully synthetic, harga marhein..HC engine oil memang mantap! 

Seperti dalam gambar yang kami kongsikan, minyak enjin kereta Mannol Special Plus 10w30 ni sangat membantu melindungi dan mengembalikan kuasa engine customer ACS.

Beliau pun sangat suka dan puas hati!

Engine rasa lebih ringan dan smooth…penggunaan minyak petrol pun jimat!

Memandangkan mileage dah lebih 20,000km kita service minyak ATF / Automatic Transmission Fluid sekali.

Minyak ATF ni fungsi dia sama macam minyak engine jugak.

Cumanya minyak ATF ni khas untuk melindungi komponen gearbox daripada kehausan dan geseran.

Minyak ATF ni memang #PENTING untuk ditukar setiap 20,000km bagi pastikan gearbox tu sentiasa berfungsi dalam keadaan yang terbaik.

Jaga servis minyak auto gearbox juga agar performance bertahan lebih lama kekal mantap dan padu!

 

servis-aircond-kereta

LOKASI ACS DEKAT MANA??

ENGINE OIL FILTER

KEPENTINGAN OIL FILTER Semua sedia maklum tentang 99.9% enjin kereta yang ada sekarang ni, perlukan dua benda yang sangat penting untuk enjin tu berfungsi dengan

Read More »

SERVIS KERETA HONDA

SERVIS KERETA HONDA Ini sikit info untuk korang yang minat model honda civic. Dan yang berkira-kira nak sambar satu. Sekarang ni Honda Civic dah sampai

Read More »

2 thoughts on “Kenapa nak kena servis minyak engine on time?”

  1. Assalamu’alaikum

    Berapa harga service engine oil myvi lagi best 1.3 at 2013? Guna minya HC tu

    1. salam
      kalau dtg hari isnin ~ jumaat
      free oil filter, free mannol motor flush dan free upah
      155 je
      kalau dtg sabtu, adalah normal price

Comments are closed.