fbpx

BERAPA LAMA MASA YANG DI AMBIL UNTUK SERVIS AIRCOND KERETA?

Ramai yang bertanyakan tentang berapa lama masa yang di ambil untuk servis aircond ni? Untuk pengetahuan semua, masa yang di ambil adalah sekitar 2 jam untuk siapkan servis aircond kereta. Yang ni adalah untuk kereta model Malaysia dan Asia.

Honda stream sedang lakukan proses flushing.

Berbeza pula dengan kereta model Eropah ataupun continental, terdapat sesetengah model keretanya yang ambil masa sedikit lama disebabkan frame bahagian hadapan terpaksa dibuka keluar semata-mata untuk proses penukaran filter drier. Agak leceh dan sukar juga.

Bacaan lanjut tentang filter drier ada di sini.

Golf Mk6 Gti sedang buat servis flushing tukar minyak compressor.

AGIHAN MASA YANG DI PERLUKAN SEMASA SERVIS SISTEM AIRCOND

Dengan menggunakan machine flushing khas, proses flushing akan dilakukan selama satu jam (1 jam)untuk memastikan minyak compressor yang lama dan kotor dapat dikeluarkan.

Selesai proses flushing tersebut, filter drier dan expansion valve akan ditukar.
( perkara ni akan dibuat berdasarkan result dan condition sistem aircond selepas diagnose sewaktu sebelum flushing dilakukan )

Masa yang di ambil lebih kurang sekitar 10 ~ 30 minit. Model continental berkemungkinan besar ambil masa sedikit lama.

filter-drier-aircond-kereta
Terdapat pelbagai jenis filter drier mengikut model kereta.

Selesai proses flushing dan proses tukar filter drier bersama expansion valve, proses deep vacuum pula menyusul. Di proses vacuum ni, ambil masa sekitar 10 ~ 30 minit.

Tujuan utama proses vacuum ni adalah untuk memastikan tiada langsung kehadiran udara di dalam sistem. Kehadiran unsur udara dalam sistem boleh menyebabkan sistem aircond bekerja kurang cemerlang dan efisyen.

servis-aircond-kereta-acs-11
Semua model kereta perlu buat servis flushing tukar minyak compressor.

SALAH FAHAM TENTANG SERVIS FLUSHING SISTEM AIRCOND

Bukan semua masalah aircond kereta akan selesai dengan servis flushing ni. Servis flushing ini adalah bertujuan menjaga dan memelihara sistem aircond kereta anda bagi mengekalkan performance dan kesejukan yang padu pada setiap masa yang anda gunakan.

acs-car-service-90

Langkah yang perlu di ambil adalah yang pertama, lakukan visual checking dan ambil bacaan tekanan sistem aircond terlebih dahulu.

Melalui prosedur tadi, kita akan mudah kenal pasti apakah masalah sebenar yang sedang berlaku.

servis-aircond-kereta-acs-car-service
Lakukan visual checking dan ambil bacaan tekanan dahulu.

Yang kedua, sekiranya perlu menggantikan komponen yang bermasalah, tukar komponen tersebut dahulu. Dan yang terakhir, selesaikan prosedur-prosedur tadi barulah kita lakukan proses servis flushing untuk tukar minyak compressor.

Lakukan servis flushing sistem aircond untuk kereta anda secara berkala setiap 30,000KM atau setahun sekali. Bacaan lanjut tentang servis flushing tukar minyak compressor ada dekat sini.

Gendut perut makan capati. Aircond sejuk, senang hati!

LOKASI ACS DEKAT MANA??

TONTON VIDEO KAMI

ENGINE OIL FILTER

KEPENTINGAN OIL FILTER Semua sedia maklum tentang 99.9% enjin kereta yang ada sekarang ni, perlukan dua benda yang sangat penting untuk enjin tu berfungsi dengan

Read More »

SERVIS KERETA HONDA

SERVIS KERETA HONDA Ini sikit info untuk korang yang minat model honda civic. Dan yang berkira-kira nak sambar satu. Sekarang ni Honda Civic dah sampai

Read More »