KEDAI AIRCOND KERETA AMPANG PANDAN INDAH
Hari ni macam biasa kami bukak kedai. Ada seorang abang ni datang singgah kedai aircond kereta acs cawangan pandan indah. Sebelum sampai ke ACS katanya dah singgah banyak kedai aircond, ada lah 2,3 kedai.. dan bermacam-macam jenis masalah yang kedai-kedai tu bagitau.
Cerita dia lagi, ada satu kedai ni dia check bagitau compressor rosak nak kena tukar, modal makan ribu jugak, original katanya. Tapi rasa macam tak yakin je dengan kedai aircond tu, abang ni try pusing cari kedai aircond lain..

Singgah lagi satu kedai ni, Nampak dari luar banyak kereta.
Barangkali bengkel expert ni rasanya. Hati ada bunga sikit sebab dah jumpa kedai pakar boleh setelkan masalah aircond kereta beliau. Ikut firasat abang ni lah..
“Dik tolong check sekejap aircond keta abang ni apa masalah dia?”
Dah 2 hari panas ni, tak tahan dah ni.. tolong abang dik”
“Ok bang kejap ye.. saya check dulu ye” sambal tengok-tengok dekat bahagian enjin.
Tak lama lepas tu.. “Bang, macam tak de apa-apa masalah lah..”
“Eh kau biau betol dik, abang guna keta ni dah 2 hari kepanasan melampau kau cakap tak da masalah?”

Terpinga2 pomen bagitau “ Err bang, sebenarnya saya bab-bab aircond keta ni tak berapa nak pandai.. kita orang dekat sini banyak layan major job je..macam turun enjin ke ,turun gearbox ke, tu kami pakar bang, makanan harian..”
“Kalau masalah aircond macam ni banyak kami pass ke kedai aircond kawan kami dekat pandan indah sana. Abang cuba pergi sana. Nanti dia orang tolong check.”
“Nak check masalah aircond kereta abang ni kalau kat sana dia orang tak charge, percuma je” jelas pomen ni kat abang ni.
“Laaa awat hang tak habaq awai2..stress woi!”
“Ini masalah bagi aku adalah masalah besar. Kepala sudah hangit ni!” gelak abang ni walaupun masalah aircond kereta beliau tak selesai lagi.
“Mintak maaf banyak2-banyak bang, ya ampunnnn” seloroh pomen ni angkat tangan mintak maaf sambil tak tau nak gelak ke tak nak gelak sebab dah buat lawak hambar sekejap tadi.

Ha itu sikit mukadimah untuk post kali ni. Ikut cerita beliau, banyak kedai aircond dia dah singgah. Tapi bila dah cerita, baru singgah dua kedai..
Hahaha, macam-macam lah abang ni..
Kereta abang ni datang sebab rekomen dari bengkel kawan acs dekat ampang.
Untuk pengetahuan semua, ACS Car Service sekarang dah ada cawangan baru dekat Pandan Indah.
InshaAllah boleh lah bantu semua yang berada dekat kawasan ni macam dekat ampang, Pandan Indah, Cheras, Langat dan sekitar jajahan yang berdekatan.
Untuk check masalah aircond kereta ni dekat ACS adalah percuma.
Macam kawan pomen dalam cerita dekat atas tu bagitau, dia orang pakar bab major job, kami dekat acs ni pakar bab aircond kereta. Masalah aircond kereta ni bagi kami boleh kata hari-hari kami hadap.

Berbalik cerita abang yang datang ke acs pandan indah ni, selepas check dengan teliti, kami dapati masalah adalah berpunca dari magnet compressor.
Macam mana kami boleh confirmkan masalah ni?
Mula2 kita start dengan 2 cara ringkas ni untuk check. Klik sini.
Selepas selesai check, kita dapati current supply ke magnet compressor ada, tapi magnet tak tarik clutch untuk engage.
Kami check continuity dan resistance magnet tersebut memang out of spec.

Jadi setelah berbincang dengan tuan punya kereta, abang ni setuju untuk tukar satu set clutch magnet set dan sekali jalan buat servis flushing tukar minyak compressor sekali yang menurut beliau kereta nya dah bertahun tak servis tukar minyak compressor.
“Ohh patutlah bang, nanti lepas siap semua ni, dari tarikh hari ni abang jaga ye servis aircond kereta abang ni”
“Buat secara berkala setiap 30,000KM atau pun setahun sekali”
“Beresssss bossku” jawab abang ni.. adoiyai

Oh lupa nak habaq kat ampa semua keta abang model honda city GM6 tahun 2014. Ni honda city generasi keenam sejak honda city ni dibuat bermula pada tahun 1981. Lama sunggoh noh.. masa first model city dulu, honda ada keluarkan city turbo. Hebat!

Jadi kepada semua yang ada masalah aircond kereta, boleh lah singgah ke mana-mana cawangan ACS Car Service yang berdekatan.
Kami telah mempunyai 4 cawangan setakat ni. Tiga cawangan ada di Lembah Klang. ACS Setapak, ACS Pandan Indah dan ACS Kajang.
Satu cawangan lagi di selatan tanah air Johor Darul takzim. ACS Pasir Gudang.

Selain menyelesaian masalah aircond kereta atau servis aircond kereta, dekat ACS jugak boleh buat servis minor dan major untuk enjin, brake, suspension dan lain-lain lagi.
Kecuali major job seperti turun enjin, major overhaul dan top overhaul, turun gearbox dan major wiring problem, tu dah kami tak buat sebab fokuskan tentang aircond dan minor servis & minor repair enjin sahaja.
Waktu awal-awal penubuhan ACS, memang semua kami sebat. Tapi atas ikut nasihat cikgu dan mentor kami, sekarang ACS hanya fokuskan bab aircond kereta untuk terus menjadi pakar dalam bidang aircond kereta.


LOKASI ACS YANG LAIN DEKAT MANA?
PEMERIKSAAN PERCUMA!
ACS CAR SERVICE – PANDAN INDAH
NO 80, JALAN 4
TAMAN PERINDUSTRIAN PANDAN INDAH
53100, KUALA LUMPUR
KEDAI AIRCOND KERETA ANDA!
WAKTU OPERASI?
ISNIN ~ SABTU
9:00 PAGI ~ 6:00 PETANG
AHAD TUTUP
REHAT SOLAT JUMAAT
12:30 ~ 2:30 PETANG
JOM LAYAN VIDEO ACS KEJAP
KEDAI AIRCOND KERETA JOHOR BAHRU
KEDAI AIRCOND KERETA JOHOR BAHRU tonton video cikman ni Ada satu hari ni aircond kereta buat hal pulak. Tengah outstation rosak pulak aircond.Aku dah lah
BILA PERLU SERVIS AIRCOND KERETA?
BILA PERLU SERVIS AIRCOND KERETA? Soalan ni ramai yang bertanya, dan ramai juga masih tak tau bila sebenarnya masa untuk kita servis aircond kereta kita
KEDAI AIRCOND KERETA AMPANG PANDAN INDAH
KEDAI AIRCOND KERETA AMPANG PANDAN INDAH Hari ni macam biasa kami bukak kedai. Ada seorang abang ni datang singgah kedai aircond kereta acs cawangan pandan
4 Cawangan ACS Car Service
4 CAWANGAN ACS CAR SERVICE Alhamdulillah 2 cawangan baru kami baru dibuka dan beroperasi sepenuhnya pada awal tahun 2020 ini. Menjadikan jumlah 4 cawangan ACS.
PROSES VACUUM SISTEM AIRCOND KERETA
PROSES VACUUM SISTEM AIRCOND KERETA Proses vacuum sangat penting untuk sistem aircond kereta anda selepas kerja servis atau baikpulih dilakukan. Lakukan proses vacuum ini sebelum
KEDAI SERVIS AIRCOND KERETA ACS KAJANG BANGI
KEDAI SERVIS AIRCOND KERETA ACS CAWANGAN KAJANG BANGI LOKASI Dekat mana ni kedai servis aircond kereta ACS Kajang Bangi ni?Tak jauh dari anda yang menetap
salam. kalau nak pasang rear aircond kat honda stream rn3 berapa kosnya?
salam
untuk honda stream sebenarnya tak perlu pasang rear aircond
pastikan sistem aircond di jaga servis nya secara berkala untuk pastikan aircond sentiasa sejuk dan tahan lama
honda stream ni macam toyota wish dan mazda 5
rear aircond tak ada
jadi kalau ada masalah pada sistem aircond, orang belakang tak dapat rasa sejuk aircond
dijemput singgah ke acs untuk free checking masalah aircond ni
Assalammualaikum, Nak tanye berkenaan dengan aircond kereta.
Kereta saya tidak menpunyai masalah aircond yang ketara tetapi ada ketikanya aircond tertiba rasa panas dan berangin, tapi keesokan harinya aircond akan sejuk semula dan selepas beberapa ketika masalah sama berulang tapi tidak kerap.
bagaimana untuk saya tahu apa yang perlu di service untuk masalah ini dan berapa kos anggaran untuk masalah ini?
waalaikumussalam cik
tiba-tiba panas dan keesokkan hari nya sejuk semula
ni antara simptom2 yang akan berlaku jika terdapat masalah pada relay, pressure switch atau magnet
acs ada kongsikan artikel lain cerita tentang masalah ni, boleh rujuk link bawah ni
https://www.acscarservice.com/ada-6-benda-boleh-check-kalau-tiba-tiba-aircond-tak-sejuk/
kos anggaran untuk masalah ni pulak bergantung kepada dua
1. model kereta
2. masalah sebenar yang berlaku
kami boleh bantu selesaikan masalah cik
jemput singgah ke acs untuk free checking
Aircond kereta tidak sejuk selepas service kereta, kenapa ye? Sebelum ni xde masalah.
Kena check dulu tu
https://www.acscarservice.com/ada-6-benda-boleh-check-kalau-tiba-tiba-aircond-tak-sejuk/
Atau boleh dtg ke acs utk dptkan free checking masalah aircond kereta
Angin kuat cm biasa tapi ekon x sejuk…apa masalah
macam2 masalah aircond ni
fuse, relay ,pressure switch, magnet dan gas
jemput singgah ke acs utk free checking masalah aircond
Brp kos utk service aircond Proton Iriz 1.3?
kos servis bermula 180 ke 490 utk iriz
jenmput singgah ke acs utk free checking masalah aircond
Hi nak tanya.. aircond kereta tak berapa sejuk.. n bila pg2 on ada kelaur bau sekejab n lepas tu xde dah.. blh saya tahu ape masalah ye
hi
masalah aircond kereta tak berapa sejuk ni ada banyak punca nya
antara nya kipas condenser slow, gas kurang sebab ada masalah bocor, sistem over pressure, compression tak cukup kuat dan macam2 lagi
masalah bau pulak besar kemungkinan cabin filter atau cooling coil dah terlalu kotor
boleh dptkan free chceking untuk masalah aircond kereta cik di acs
wasap ke 0192211840
inshaAllah kami cuba bantu
Sabtu buka x bang?
waktu operasi acs pandan indah
isnin hingga sabtu
9 pagi hingga 6 petang
ahad acs cuti